Ratchaburi FC Buat Kejutan Daftar ‘Pelakon Drama’ Untuk ACL Lawan JDT

Ratchaburi Mitr Phol mengejutkan bola sepak Asia dan Thailand semalam apabila mendaftarkan seorang pemain yang tidak pernah mempunyai pengalaman bola sepak profesional untuk saingan AFC Champions League 2021.

Kelab Thailand itu bersaing buat pertama kali dalam saingan bola sepak elit rantau Asia ini, dan telah diundi bersama-sama Pohang Steelers (Korea Selatan), Nagoya Grampus (Jepun), dan wakil negara JDT di dalam Kumpulan G.

Saingan Kumpulan G akan bermula pada Selasa, 22 Jun hadapan dan perlawanan pembukaan akan menyaksikan Ratchaburi menentang Pohang Steelers, diikuti oleh perlawanan di antara JDT menentang Nagoya Grampus dalam pertandingan yang diadakan secara gelembung itu.

Ratchaburi Mitr Phol yang layak beraksi di saingan peringkat kumpulan AFC Champions League selepas wakil China, Jiangsu FC diisytiharkan muflis mengejutkan ramai apabila mendaftarkan seorang pemain yang dkenali sebagai Tono Phakin Khamwilaisak.

Siapa sebenarnya Phakin Khamwilaisak?

Phakin Khamwilaisak, atau nama glamor ‘Tono” sebenarnya adalah seorang selebriti di Thailand. Karier Tono di dalam bidang hiburan sebenarnya bermula apabila beliau mengikuti rancangan nyayian realiti The Star musim ke-6 di Thailand.

Berusia 34 tahun pada hari ini, Tono sudah pun berlakon tidak kurang 13 drama, dan memegang watak utama di dalam kebanyakkan drama lakonannya.

Tono juga sudah melakukan penampilan di dalam tiga filem tempatan Thailand, termasuk filem percintaan berjudul Sol Pla Noi yang belum diterbitkan lagi.

Tono pernah berkahwin dengan bintang filem ‘Mae Nak’ – filem seram -,Tangmo Nida Patcharaveerapong, namun pasangan tersebut berpisah pada 2015 selepas hanya dua tahun bersama.

Laporan dari Thailand berkata Tono akan beraksi di posisi pemain tengah dan akan diberian jersi No.96 bersama skuad yang mendapat jolonan nama The Dragon.

Tano vs JDT?

Kelibat Tano sememangnya sudah lama kelihatan melakukan latihan bersama Ratchaburi, namun langkah mengejutkan oleh pihak kelab menimbulkan tanda tanya sama ada ia hanya gimik untuk melakukan promosi, atau sememangnya Tono adalah seorang pemain berbakat besar.

Kita sudah pasti mahu melihat kelibat Tono beraksi menentang JDT nanti yang dijadualkan pada 25 Jun dan 7 Julai hadapan.

 

Baca artikel menarik lain mengenai AFC Champions League:

Benjamin Mora Beri Sebab Gonzalo Cabrera Disisih Untuk Saingan ACL

JDT Sudah Dapat Lebih RM440,000 Selepas Tewaskan Suwon Bluewings

Thomas Vermaelen: Ianya Sedikit Mencabar Berdepan Lawan ‘Tidak Diketahui’

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply