RASMI: West Ham Lantik Semula David Moyes Sebagai Pengurus

West Ham United melantik semula David Moyes sebagai ketua jurulatih dengan perjanjian kontrak selama 18 bulan menggantikan Manuel Pellegrini yang dipecat. Tugasan berat menanti bekas jurulatih Manchester United itu untuk membantu The Hammers mengelak dari tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

West Ham kini sedang bergelut dalam saingan liga selepas tewas tujuh daripada sembilan perlawanan. Moyes yang pernah membimbing pasukan itu selama enam bulan terakhir musim 2017/18 telah berjaya mengeluarkan pasukan tersebut dari zon penyingkiran.

Perlawanan pertama Moyes adalah berdepan Bournemouth pada Rabu ini di tempat sendiri. West Ham kini menduduki tangga ke-17 dengan hanya satu mata dipisahkan dengan tiga pasukan terbawah EPL.

“Satu perasaan yang hebat dapat kembali ke sini. Saya gembira untuk kembali semula ke ‘rumah’. Saya rindu untuk berada di sini. Saya menikmati saat berada di sekeliling stadium dan saya suka dapat menjadi sebahagian daripada kelab. Jadi saya tidak sabar untuk bermula.

‘Saya rasa kita perlu tetapkan matlamat jangka masa pendek buat masa sekarang dan dapatkan kemenangan untuk keluarkan pasukan dari pengakhiran yang tidak sepatutnya dala liga. Ini apa yang kami akan lakukan untuk tempoh enam bulan ini.

LONDON, ENGLAND – DECEMBER 29: David Moyes being interviewed as he is unveiled as the new manager of West Ham United at The London Stadium on December 29, 2019 in London, England. (Photo by Karl Bridgeman/West Ham United FC via Getty Images)

Moyes pernah dilantik West Ham pada November 2017 menggantikan Slaven Bilic ketika pasukan itu bergelut di zon penyingkiran dan jurulatih kelahiran Scotland itu membawa pasukan itu menamatkan saingan EPL di kedudukan ke-13.

Namun West Ham tidak menyambung kontraknya dan memilih bekas pengurus Manchester City, Pellegrini pada musim panas 2018 dan menamatkan musim berikutnya di tangga ke-10.

Selepas membelanjakan sebanyak £155 juta dengan memecahkan rekod perpindahan kelab sebanyak dua kali untuk mendapatkan pemain sayap Brazil, Felipe Anderson dengan nilai £36 juta dan penyerang Perancis, Sebastian Haller berharga £45 juta, West Ham tidak bertambah baik pada musim ini.

“David [Moyes] telah membuktikan dalam tempoh singkat bersama kelab ini, beliau mampu mendapatkan keputusan yang baik dan kami percaya dia akan mula untuk membawa kelab ini kembali ke arah yang betul sekali lagi,” kata pengerusi kelab, David Sullivan dalam kenyataan rasmi.

Moyes sebelum ini pernah menguruskan Everton, Manchester United dan Sunderlang. Beliau juga pernah bersama kelab Sepanyol, Real Sociedad pada 2014 dan 2015.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram