RASMI: United Ikat Alex Telles, Smalling Sah Ke Roma

Alex Telles Manchester United

Manchester United telah menandatangani pemain bek kiri Brazil, Alex Telles dari kelab Portugal, Porto dengan nilai £15.4 juta (RM83.1 juta) termasuk bonus tambahan pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan antarabangsa ditutup.

Pemain berusia 27 tahun itu menjadi pembelian kedua buat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut selepas Donny van de Beek dan bersetuju untuk menandatangani kontrak selama empat tahun dengan pilihan sambungan selama setahun.

“Saya sudah menang banyak trofi di PRto dan saya mahu terus menyambung kejayaan tersebut di United. Pengurus pastinya mempunyai perancangan dan matlamat yang jelas untuk pasukan, saya tidak sabar untuk menyarung jersi yang amat terkenal ini,” ujar Telles kepada laman web rasmi pasukan.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer yang kini menduduki tangga ke-16 liga tentunya amat memerlukan pemain baharu bagi menambah kekuatan pasukan selepas dibelasan 6-1 oleh Tottenham Hotspur dalam saingan EPL baru-baru ini.

Telles telah menyertai Porto pada 2016 dari Galatasaray dan telah membantu kelab Portugal tersebut memenangi dua kejuaraan liga dan Piala Portugal. Beliau juga setakat ini telah mengumpul satu kaps bersama skuad kebangsaan Brazil.

Di Old Trafford, Telles akan bersaing dengan Luke Shaw dan pemain muda Brandon Williams untuk posisi pertahanan kiri pasukan.

Sementara itu, pemain pertahanan England, Chris Smalling dilaporkan telah sah menyertai AS Roma dengan kontrak selama empat tahun selepas United bersetuju dengan tawaran £13.6 juta (RM73.4 juta) dan boleh miningkat sehingga £18.1 juta bersama bonus tambahan.

Pemain berusia 30 tahun itu telah pun dipinjamkan ke kelab Itali tersebut pada musim lepas dan membantu skuad kendalian Paulo Fenseca berkenaan menamatkan saingan Serie A di tangga kelima dan layak ke kejuaraan Liga Europa.

Smalling juga telah membuat 30 penampilan liga dan menjaringkan tiga gol untuk kelab tersebut, namun Roma dan United sebelum ini agak bergelut untuk mencapai kata persetujuan untuk mengekalkannya di ibu kota Itali itu.

Kredit Foto: Manchester United

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply