RASMI: Uche Agba Sah Bergelar Pemain Melaka United

Uche Agba

Selepas hampir sebulan mendedahkan Uche Agba bakal menyertai pasukan, Melaka United hari ini mengumumkan secara rasmi kehadiran penyerang kelahiran Lagos, Nigeria itu.

Menurut sumber Facebook rasmi Melaka United, Uche Agba dilaporkan telah memeterai kontrak selama semusim bagi memperkuatkan jentera serangan skuad Hang Tuah itu.

Menyertai PDRM pada pertengahan musim 2019, Uche Agba pantas membalas kepercayaan yang diberikan dengan menjaringkan tujuh gol dalam saingan Liga Premier.

Selain daripada berjaya mengemudi PDRM layak ke Liga Super 2020, beliau turut dipilih sebagai penerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Premier Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) – asiana.my – All Sports Images And News Agency bagi edisi Julai 2019.

Uche Agba kini sah bergelar pemain import Melaka United bagi saingan Liga Malaysia 2020 selepas menandatangani kontrak…

Posted by Melaka United Soccer Association – MUSA on Monday, December 30, 2019

Uche Agba juga pernah menjaringkan satu gol pada pertemuan menentang Melaka United dalam aksi peringkat kumpulan D Piala Malaysia musim ini.

Sudah pasti kemampuannya merobek gawang pasukan lawan telah mencuri perhatian pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan bagi memperkuatkan pasukan dalam menghadapi musim 2020.

Pemain berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak di hadapan Pegawai Khas Presiden MUSA, Syahrul Nizam Shamsudin yang mewakili Yang Berhormat Presiden serta turut disaksikan ejen beliau di Wisma MUSA, pagi tadi.

Kredit foto: Melaka United Soccer Association – MUSA 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram