RASMI: Tim Heubach Adalah Benteng Akhir ‘The Red Giants’

Kerjasama Semuanya BOLA

Tim Heubach Selangor FC The Red Giants

Akhirnya, selepas desas desus ketibaan sejak beberapa hari lalu, pemain kelahiran Jerman, Tim Heubach telah diumumkan sebagai pemain baharu The Red Giants.

Semuanya BOLA baru sahaja mengeluarkan artikel mengenai ketibaan pemain tersebut di Malaysia seperti yang dikatakan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Kira-kira sejam kemudian, Selangor FC telah mengumumkannya.

Bekas pertahanan Maccabi Netanya yang bersaing di Liga Israel itu sangat teruja untuk menyarung jersi Merah Kuning selepas dimaklumkan mengenainya oleh Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Selangor, Michael Feichtenbeiner sebelum itu.

Memetik kenyataan Tim Heubach di Selangor FC, “Apabila dimaklumkan oleh Coach Michael [Feichtenbeiner] mengenai peluang untuk bermain di Selangor FC, saya sangat teruja dan telah menonton semua video berkaitan The Red Giants di Youtube dan juga aksi siaran langsung. Saya berkeyakinan untuk bermain bersama kelab ini.”

Menurutnya lagi, beliau sudah menandatangani kontrak untuk bersama Selangor pada Oktober lalu dan telah bertemu dengan pengendali baharu Selangor, Karsten Neitzel di Jerman. Dalam pertemuan itu, pengendali tersebut telah berkongsi mengenai cabaran dan juga visinya bersama Selangor, terutamanya di saingan Liga Super.

“Itu merupakan perjumpaan pertama kami. Saya belum pernah bekerja di bawahnya sebelum ini tetapi kami pernah bertembung [dalam Bundesliga],” ujarnya.

Tambah Tim Heubach lagi yang merupakan pemain baharu kedua selepas Shahrel Fikri, “Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada projek ini.”

Tim Heubach telah beraksi selama empat musim di Maccabi Netanya dan telah tampil sebanyak 82 kali dan turut menyumbang lima gol buat mereka. Itu merupakan kelab pertamanya di luar Jerman selepas mula beraksi secara profesional bersama Borussia Monchengladbach II, 1. FC Kaiserslautern, dan FSV Frankfurt sejak 2008.

Sebelum ini dikatakan Selangor memburu pemain-pemain yang penah beraksi di Eropah dengan kesemuanya mampu bertutur dalam bahasa Jerman. Tiga pemain menjadi buruan mereka bagi mengisi slot pemain import dengan mengekalkan pemain tengah Singapura, Safuwan Baharudin dan penyerang, Ifedayo Olusegun.

KREDIT FEATURED IMAGE: SELANGOR FC

Baca lagi artikel Tim Heubach dan Selangor FC:

Bekas Pemain 2. Bundesliga, Tim Heubach Dikatakan Sudah Tiba Di Selangor

RASMI: Shahrel Fikri Sah Bergelar Pemain Baharu Selangor FC

Langkah Rodney Calvin Untuk Ke Alor Setar Tersekat, Kekal Di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply