RASMI: Stuart Wark Sarung Jersi 55 Terengganu FC

Pemain kacukan Scotland Malaysia, Stuart James Wilson Wark harini selesai menandatangani kontrak bersama skuad Terengganu Football Club (TFC) bagi musim 2020.

Stuart sebelum ini telah hadir menjalani sesi latihan dan percubaan bersama skuad TFC dan pengendali TFC, Nafuzi Zain melihatkan Stuart boleh beraksi di posisi yang beliau inginkan iaitu di bahagian pertahanan.

Dan beliau melihatkan corak permainan Stuart sesuai dengan penerapan gaya permainan yang beliau terapkan di TFC.

Ditanya berkenaan perasaanya apabila bersama TFC, Stuart menyatakan beliau sememangnya gembira apabila dapat bersama dengan pasukan ini dan semestinya beliau ingin membalas kepercayaan yang diberikan oleh Nafuzi Zain dan pengurusan TFC.

Sememangnya beliau melihatkan beraksi dengan antara pemain terbaik di Liga Malaysia seperti Lee Tuck dan juga Sanjar bakal meningkatkan lagi mutu permainannya dan dapat membantu memantapkan lagi pasukan ini.

Stuart bakal menyarung jersi bernombor 55 bersama skuad TFC.

Stuart adalah merupakan pemain tempatan kacukan pertama bagi skuad TFC dan semestinya ini memberikan sedikit kelebihan buat pasukan ini kerana Stuart juga seorang pemain yang mempunyai fizikal ketinggian yang baik.

Stuart sebelum ini pernah bersama skuad beberapa kelab di Malaysia antaranya Johor Darul Takzim, Felda United dan juga Penang FA.

Kehadiran Stuart diharapkan dapat membantu sedikit sebanyak skuad ini terutama untuk memantapkan bahagian pertahanan pasukan bagi aksi Liga Malaysia 2020.

WELCOME TO TFC STUART!

Penafian: Artikel ini adalah kenyataan media daripada TFC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN