RASMI: Steven Bergwijn Sertai Tottenham Hotspur Dari PSV Eindhoven

Secara rasminya, pasukan Premier Leagua iaitu Tottenham Hotspur telah berjaya mendapatkan Steven Bergwijn dari PSV Eindhoven.

Pemain sayap berusia 22 tahun ini mengikat kontrak selama lima tahun setengah bersama-sama kelab utara London itu.

Bergwijn mengatakan yang ianya merupakan impian dirinya untuk bermain dibawah kendalian pengurus Jose Mourinho.

“Ketika kecil, saya lihat kepada jurulatih seperti Jose Mourinho. Dan kini saya bermain pula untuk beliau.”

Salah satu daripada sasaran beliau adalah untuk membantu Tottenham Hotspur memperoleh kejuaraan, dan Bergwijn mahukan kejayaan di peringkat Eropah.

“Saya mahu menjaringkan gol, memberikan bantuan gol dan memenangi UEFA Champions League bersama Tottenham Hotspur.”

Bergwijn akan menyarung jersi bernombor 23 yang sebelum ini dipakai oleh Chrisitan Eriksen yang kini menyertai pasukan Serie A – Inter Milan.

Sebelum ini, beliau telah melakukan 149 penampilan dan menjaringkan 31 gol serta merangkul tiga gelaran Eredivisie bersama-sama PSV Eindhoven.

Bersama-sama skuad kebangsaan Belanda, beliau sudah berjaya melakukan sembilan penampilan sejak melakukannya buat pertama kali pada Oktober 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN