RASMI: Saingan Piala AFC Zon ASEAN Dibatalkan

Piala AFC 2021

Sayangnya, semua musnah.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengesahkan tiadanya saingan Piala AFC 2021 bagi zon ASEAN selepas mereka tidak berjaya mendapatkan tuan rumah yang bersesuaian.

Hal ini disebabkan kerana penyebaran wabak Covid-19 yang tidak terkawal di Asia Tenggara ketika ini.

“Pihak AFC telah mengesahkan semua perlawanan Piala AFC 2021 Zon ASEAN iaitu di kumpulan G, H dan I serta saingan playoff telah dibatalkan.”

“Pembatalan dibuat selepas cabaran yang dihadapi disebabkan wabak Covid-19 menyukarkan AFC untuk mencari tuan rumah yang sesuai untuk mengadakan perlawanan secara berpusat,” lapor laman rasmi AFC.

Sebelum ini, Singapura dipilih sebagai tuan rumah namun disebabkan penularan wabak Covid-19 yang meningkat di negara itu, mereka menarik diri.

Indonesia juga menawarkan diri untuk menjadi pengganti, namun jumlah kes harian yang meningkat di negara itu membuatkan AFC tidak memilih mereka.

Walaupun begitu, saingan bagi zon-zon lain diteruskan dengan pihak AFC mengesahkan saingan di zon tengah dan zon barat serta peringkat antara zon diadakan seperti yang dirancang.

Saingan bagi aksi kalah mati juga diadakan dengan format satu perlawanan (single leg) digunakapakai bagi menggantikan format timbal balik.

Kepada penyokong Kedah dan Terengganu, bertabahlah.

Baca juga artikel terkini kami:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Copa America: Emi Martinez Tepis 3 Penalti Untuk Hantar Argentina Ke Akhir

5 Pemain Yang Akan Bersaing Rapat Untuk Ballon d’or 2021

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN