RASMI: RB Leipzig Dapatkan Prospek Muda Terhangat Dani Olmo

Kelab Bundesliga, RB Leipzig telah berjaya mendapatkan pemain muda yang kini merupakan prospek terhangat di Eropah iaitu Dani Olmo.

Menurut laman Fox Sport, kelab Bundesliga itu berjaya mendapatkan khidmat pemain muda itu yang turut dikejar oleh beberapa kelab Eropah lain dengan kontrak panjang selama empat tahun setengah.

Olmo sebelum ini beraksi di Croatia bersama-sama Dinamo Zagreb, beliau merupakan pemain tengah menyerang yang juga boleh beraksi sebagai pemain sayap.

Ketibaan Olmo ke RB Leipzig sekali gus mematikan spekulasi beliau dikejar oleh beberapa kelab termasuklah Chelsea serta bekas kelabnya iaitu Barcelona yang dimana merupakan tempat Olmo menjalani kehidupan sebagai pemain akademi di La Masia.

Olmo merupakan sebahagian daripada pemain skuad B-21 tahun Sepanyol dan bakatnya sememangnya sudah diperhatikan dan dijangka mampu untuk menjadi bintang ternama di masa akan datang.

Malah, beliau juga merupakan sebahagian daripada antara wonderkid yang menjadi pilihan dalam permainan simulasi Football Manager (FM).

Rating yang dimiliki beliau cukup baik dengan mempunyai potensi untuk menjadi pemain empat bintang apabila dipenuhi sepenuhnya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram