RASMI: Philippe Coutinho Lengkapkan Perpindahan ke Bayern Munich Secara Pinjaman

Bayern Munich selesai mendapatkan pemain tengah Philippe Coutinho dari Barcelona dengan perjanjian pinjaman selama semusim yang mangandungi pilihan untuk pembelian tetap.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan Barcelona mendedahkan, juara Jerman itu akan membayar €8.5 juta untuk meminjam pemain antarabangsa Brazil itu sementara pilihan untuk pembelian ditetapkan pada harga €120 juta.

The Bavarians juga akan menampung pembayaran gaji Coutinho sepanjang tempoh pinjaman di kelab berkenaan musim ini.

“Pada saya, perubahan ini sudah tentu satu cabaran buat saya di negara baru apatah lagi peluang bermain untuk salah sebuah kelab terbaik di Eropah,” kata pemain 27 tahun itu.

“Kini tiada masa lagi untuk menoleh ke belakang. Seperti Bayern, saya juga punyai matlamat dan impian yang besar. Saya yakin mampu lakukan bersama rakan sepasukan baru di sini.”

Pengarah Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge menambah, “Kami telah berbincang dengan Coutinho, kami sangat gembira dapat merealisasikan perpindahan ini.

“Terima kasih buat Bercelona kerana bersetuju dengan perpindahan ini. Kehadiran Philippe di FC Bayern akan menambah lagi kekuatan barisan serangan kami dengan kreativiti dan kehebatan beliau.”

Coutinho tiba di Camp Nou semasa tempoh perpindahan Januari 2018 dari Liverpool. Beliau telah bermain 75 perlawanan dalam semua pertandingan bersama Blaugarana dengan menjaringkan 21 gol serta 11 bantuan jaringan. Dalam tempoh itu beliau mengecapi kejayaan menjulang dua kejuaraan liga (2018 dan 2019), satu Piala Raja Sepanyol (2018) dan satu Piala Super Sepanyol (2018).

Bakat Coutinho yang lahir dan membesar di Rio de Janeiro mula dikesan sejak remaja ketika bersama kelab Vasco da Gama. Ketika baru berusia 16 tahun, Inter Milan mendapatkan beliau dengan harga €4 juta sebelum dipinjamkan semula ke kelab Brazil itu selama dua tahun.

Nama beliau mula mendapat perhatian kelab-kelab Eropah lain semasa dipinjamkan ke Espanyol selepas menampilkan aksi memukau termasuk menjaringkan lima gol sepanjang semusim bersama kelab Sepanyol itu dan kembali semula ke San Siro pada musim berikutnya.

Pada Januari 2013, Coutinho menyertai Liverpool dengan yuran perpindahan cuma £8.5 juta. Kemudian, lima tahun di Anfield, segalanya telah tercatat dalam sejarah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN