RASMI: Nor Hakim Hassan Rekrut Terbaharu Selangor

Nor Hakim Hassan

Teka-teki mengenai destinasi seterusnya buat pemain sayap kiri, Mohammad Nor Hakim Hassan akhirnya terjawab selepas pemain kelahiran Kuala Terengganu itu kini sah bersama Selangor.

Pengesahan secara rasmi kehadiran Nor Hakim bagi menyarung  jersi pasukan bimbingan B. Satiananthan itu telah diumumkan oleh laman Facebook rasmi, FA Selangor sebentar tadi.

”Suka cita diumumkan bahawa Nor Hakim Hassan kini sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2020.”

”Selamat datang ke wilayah Gergasi Merah, Hakim!”

Pada pertengahan November lalu, Nor Hakim telah mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan Perak selepas dua musim menabur bakti buat skuad ‘Yob’ itu.

Ia merupakan rekrut ketiga buat pasukan yang lebih dikenali sebagai Gergasi Merah itu selepas sebelum ini mengumumkan kehadiran pemain pertahanan, Rodney Celvin Akwensivie dan Brendan Gan.

Nor Hakim Hassan Ucap Selamat Tinggal Buat Perak

 

Sepanjang dua musim bersama Perak, Nor Hakim menjadi pilihan utama Mehmed Durakovic di bahagian sayap kiri.

Kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2018 dan layak ke perlawanan akhir Piala FA 2019 pastinya menjadi antara detik manis pemain berusia 28 tahun itu bersama Perak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN