RASMI: Nelo Vingada Umum Perletakan Jawatan Sebagai Jurulatih Harimau Malaya

Laman facebook rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini membuat pengumuman mengejutkan tentang ketua jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada telah meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Menurut kenyataan rasmi dari laman facebook FAM, Vingada membuat keputusan itu setelah berbincang dengan presiden FAM, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

“Selepas mengadakan perbincangan dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), saya dengan ini bertanggungjawab di atas prestasi pasukan kebangsaan.

“Atas rasa tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku itu, saya dengan ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai ketua jurulatih kebangsaan berkuat kuasa serta merta dan Tunku Presiden sendiri turut telah menerima keputusan yang saya buat ini,” kata kenyataan rasmi daripada Nelo Vingada.

Selain Vingada, pembantunya turut melepaskan jawatan mereka selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad Harimau Malaya.

“Saya ingin memaklumkan juga bahawa dua pembantu yang saya bawa bersama ke sini iaitu Joao Arnaldo Correia De Carvalho dan Francisco Jose Bruto Da Costa turut bersama melepaskan jawatan mereka, masing-masing selaku penolong jurulatih dan jurulatih kecergasan skuad kebangsaan,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, dua pembantu jurulatih tempatan iaitu Tan Cheng Hoe dan Azmin Azram Abdul Aziz masih kekal dengan jawatan mereka selaku penolong jurulatih dan jurulatih penjaga gol dalam skuad kebangsaan.

Vingada juga mendoakan agar bola sepak Malaysia kembali bersinar dan beliau bangga dapat menjadi sebahagian daripada bola sepak Malaysia.

“Akhir kata pada kesempatan ini, saya berharap dan berdoa agar bola sepak Malaysia kembali bersinar selepas ini dan saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian warga bola sepak Malaysia biarpun dalam tempoh masa yang agak singkat ini,” ujarnya.

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Skuad Harimau Malaya gagal mencatat sebarang kemenangan sejak Nelo Vingada dilantik sebagai ketua jurulatih pada 24 Mei 2017 bagi menggantikan Datuk Ong Kim Swee yang diturunkan pangkat melatih skuad Malaysia bawah 23 tahun.

Malah, skuad Harimau Malaysia tersingkir daripada kempen kelayakan Piala Asia 2019 susulan kekalahan 1-4 kepada Korea Utara di Stadium I-Mobile, bulan lepas dan hanya mampu mengutip 1 mata selepas 5 perlawanan.

Disebalik prestasi buruk ini, Vingada dilihat masih belum berputus asa untuk membimbing Harimau Malaya dengan memberi jaminan prestasi skuad itu akan menjadi lebih baik pada masa akan datang. Namun begitu, hari ini beliau telah meletak jawatan secara rasmi.

Setiausaha agung FAM, Datuk Haji Hamidin Mohd Amin berkata perancangan dan perkembangan terbaharu mengenai skuad kebangsaan bagi menghadapi tahun 2018 akan dimaklumkan oleh FAM atau Tunku Presiden sendiri dalam masa terdekat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN