RASMI: Moses Gabung Semula Dengan Conte

Inter Milan akhirnya sah menandatangani Victor Moses dari Chelsea secara pinjaman.

Ini selepas selepas tempoh pinjamannya dengan Fenerbahce ditamatkan pada pertengahan musim.

Pemain berusia 29 tahun itu menjadi pemain keempat Antonio Conte yang dibawa masuk dari Liga Perdana Inggeris sejak pelantikannya pada musim panas 2019 yang lalu.

Sebelum ini sudah ada 3 nama dibawa masuk oleh Conte dari EPL, iaitu Romelu Lukaku, Alexis Sanchez dan Ashley Young.

Perpindahan Moses ke Inter dilaporkan terselit klausa pembelian tetap.

Bercakap kepada Inter TV, Moses berkata: “Saya sangat berbesar hati berada di sini dan menjadi pemain Inter. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang telah mengalu-alukan saya, dan saya sudah tidak sabar untuk memulakan aksi di sini. ”

Moses bermain di bawah Conte ketika di Chelsea. Beliau menjadi nadi penting Conte dalam membawa Chelsea menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Mengulas mengenai ‘reunion’ beliau dengan Conte, pemain antarabangsa Nigeria itu menambah: “Memiliki peluang untuk bekerja dengan ‘coach’ [Conte] sekali lagi, adalah sesuatu yang membuatkan saya sangat gembira.”

“Saya telah bercakap dengan beliau, dan beliau sudah menjelaskan projek kelab ini kepada saya.

“Saya mahu menjadi sebahagian daripadanya, saya gembira berada di sini. Saya akan memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan.”

“Terdapat banyak kualiti di sini, saya mahu memberikan sumbangan saya di atas padang dan menikmati detik saya di sini. Itulah perkara yang paling penting.”

Beliau mengakui selesa dengan bandar Milan dan yakin akan cepat menyesuaikan diri.

Moses merupakan pemain penting dalam sistem Conte sebelum ini. Beliau sangat memahami kehendak sistem Antonio Conte.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram