RASMI: Mauro Icardi Sertai PSG

Kerjasama Semuanya BOLA

Ianya hari terakhir jendela perpindahan yang sibuk di Paris St Germain. Selepas mengumumkan Sergio Rico dan Keylor Navas, serta pemergian Areola secara pinjaman – tidak lama selepas itu, PSG mengumumkan Icardi sebagai pemain baharu mereka.

Mauro Icardi berjaya memuktamadkan perjanjian secara pinjaman ke Prais St Germain untuk musim 2019/20.

Krisis kecederaan yang melanda Mbappe dan Cavani membuatkan PSG mendapatkan Icardi.

Icardi tidak berada dalam perancangan Inter Milan musim ini. Perkara itu sudah diberitahu kepada beliau sebelum ini.

Antonio Conte tidak gemar dengan rekod disiplin Icardi di luar padang. Beliau antara pemain yang kerapkali ‘besar kepala’.

Selain Icardi, Antonio Conte turut menjual Ivan Perisic dan Radja Nainggolan, atas alasan yang sama, iaitu bukan pemain dalam perancangan beliau.

Inter sudah pun mendapatkan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez (pinjaman) untuk menghadapi musim ini.

Menurut laporan Sky Italia, PSG membayar €5 juta untuk pinjaman musim ini dengan komitmen tebus kontrak secara tetap sebanyak €65 juta.

Icardi dilaporkan miliki baki kontrak 3 tahun dengan Inter Milan yang baru sahaja dilanjutkan.

Icardi turut dikaitkan dengan banyak pasukan seperti Real Madrid, Manchester Unite dan Juventus.

Juventus kemudian tampil dengan kenyataan bahawa mereka berminat dengan Icardi.

Namun perjanjian ke Juventus tidak dapat direalisasikan kerana Juventus tidak dapat menjual Higuain mahupun Mandzukic.

Isteri, merangkap ejen kepada Icardi, Wanda Nara, berjaya mendapatkan kontrak pada hari terakhir perpindahan. Icardi menerima €5 juta semusim.

Kehadiran Icardi ini tiada kaitan dengan Neymar. Ini kerana pemain Brazil itu dilaporkan sudah berbincang dengan kelab. PSG tidak mahu menjual Neymar ke Barcelona kerana kelab itu enggan menuruti permintaan mereka.

PSG hanya mahukan perjanjian melibatkan bayaran wang sekitar €300 juta untuk Neymar. Namun Barcelona telah menghantar bidaan dengan pertukaran beberapa pemain denga Neymar. Ianya ditolak oleh PSG.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply