RASMI: Manchester United Umum Ketibaan Maguire Sebagai Pemain Pertahanan Termahal Dunia

Manchester United secara rasmi telah menandatangani Harry Maguire dari Leicester City dengan nilai rekod dunia untuk seorang pemain pertahanan iaitu £80 juta.

Pemain berusia 26 tahun itu menandatangani kontrak selama enam tahun untuk kekal di Old Trafford, termasuk pilihan sambungan setahun.

Jumlah yuran perpindahan yang dibayar untuk Maguire oleh United telah melangkaui nilai yang dibayar oleh Liverpool kepada Southampton untuk mendapatkan Virgil van Dijk pada 2018 pada nilai £75 juta.

“Apabila Manchester United datang mengetuk pintu, ia adalah satu peluang besar,” ujar Maguire.

Pemain antarabangsa England itu menjadi pemain ketiga yang dibawa masuk oleh Ole Gunnar Solskjaer selepas bek kanan, Aaron Wan-Bissaka tiba dari Crystal Palace pada nilai £50 juta, dan Daniel James tiba dari Swansea pada nilai £15 juta.

“Daripada perbualan saya bersama pengurus [Solskjaer], saya amat teruja dengan pelan dan visi yang beliau miliki untuk pasukan ini.

“Sangat jelas Ole [Solskjaer] sedang membina pasukan untuk memenangi trofi. Saya sudah tidak sabar untuk bertemu dengan rakan sepasukan baru saya di sini, dan memulakan musim.”

Solskjaer pula berkata: “Harry [Maguire adalah salah seorang pemain pertahanan tengah terbaik pada hari ini.

“Beliau bijak membaca permainan dan kehadiran beliau di atas padang sentiasa dirasai, terutama kebolehan beliau untuk kekal tenang ketika ditekan lawan.

“Beliau sesuai untuk kumpulan pemain ini di dalam dan juga di luar padang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN