RASMI: Malaysia Diundi Bersama Indonesia & Vietnam Dalam Piala AFF 2020

Piala AFF 2020

Malaysia telah pun diundi bersama-sama musuh tradisi Indonesia dan juga Vietnam untuk aksi Piala AFF 2020 yang bakal diadakan pada penghujung tahun ini.

Selain Indonesia dan Vietnam, Malaysia turut bakal bertemu dengan Kemboja serta Laos dalam saingan kumpulan B untuk kejohanan utama bola sepak Asia Tenggara itu.

Keputusan ini dibuat dalam majlis undian Piala AFF 2020 yang diadakan secara maya sebentar tadi.

Bagi kumpulan A pula, ianya dianggap sebagai kumpulan maut kerana terdapat beberapa pasukan utama Asia Tenggara di dalamnya.

Singapura yang diletakkan sebagai pilihan keempat diundi bersama-sama Filipina dan juga Thailand.

Berikut merupakan keputusan penuh bagi majlis undian Piala AFF 2020:

Kumpulan A:

  • Thailand
  • Myanmar
  • Filipina
  • Singapura
  • Pemenang pusingan kelayakan antara Brunei dan Timor Leste

Kumpulan B:

  • Vietnam
  • MALAYSIA
  • Indonesia
  • Kemboja
  • Laos

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN