RASMI: Liverpool Lengkapkan Perpindahan Harvey Elliot Dari Fulham

Liverpool secara rasminya telah melengkapkan perpindahan pemain muda berpotensi tinggi iaitu Harvey Elliot daripada Fulham.

Menurut laporan Liverpool Echo, juara UEFA Champions League pada musim lalu itu telah menawarkan jumlah bayaran pampasan yang cukup menarik kepada Fulham untuk mendapatkan Elliot.

Pemain berusia 16 tahun itu merupakan pemain termuda yang beraksi di Premier League pada musim lalu dengan melakukan 3 penampilan bersama skuad utama Fulham.

Menurut Elliot di laman Instagramnya, beliau cukup gembira berjaya menyertai kelab yang disokongnya sejak dari kecil.

“Ianya merupakan satu perasaan yang cukup hebat apabila secara rasminya saya bergelar pemain Liverpool. Untuk menyertai kelab yang saya sokong sejak kecil, ianya merupakan satu impian jadi kenyataan.”

Selain Liverpool, beberapa kelab lain turut berminat untuk mendapatkan khidmat Elliot seperti Barcelona dan Paris Saint-Germain.

Elliot bakal menyarung jersi bernombor 67 untuk musim ini.

Beliau merupakan pembelian kedua Liverpool selepas Sepp Van Der Berg.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN