Rasmi: Kyle Walker Pertahanan Termahal Di Dunia! Setuju Kontrak 5 Tahun Dengan City

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Manchester City mengumumkan kejayaan mereka mendapatkan Kyle Walker dari Tottenham Hotspurs. Bekas bek kanan Spurs ini akan menggunakan jersi no.2.

City segera mendapatkan Walker setelah Dani Alves mengubah keputusan untuk menyertai PSG. Walker menjadi pembelian ke-3 City kali ini selepas Bernardo Silva dan Ederson. Walker memberitahu dia sangat teruja.

“Saya teruja dapat menyertai pasukan Manchester City. Saya sudah tidak sabar-sabar untuk memulakannya di sini.”

“Guardiola salah seorang pengurus yang dihormati di dunia. Saya rasa beliau akan membantu saya meningkatkan permainan saya ke tahap baru.”

Pengarah Kelab, Txiki Begiristain, berkata:

“Walker seorang bek sisi yang bagus, berupaya memberikan kualiti di kedua-dua hujung padang.”

“Kami sudah memantau perkembangan beliau sejak di Tottenham dan ianya sangat mengagumkan bagaimana beliau membangun menjadi pemain yang beliau ada hari ini.”

“Beliau salah seorang bek kanan terbaik di EPL dan ia terbukti apabila menjadi bek kanan utama England.”

“Saya yakin Walker akan berjaya di Manchester City musim ini dan seterusnya.”

Walker memulakan karier dengan Sheffield United. Beliau dipinjamkan ke Northampton dan kembali ke Sheffield. Berjaya beraksi cemerlang pada musim 2008/09 dan membantu kelab tersebut mara ke penentuan EPL.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Musim berikutnya, Walker menyertai Spurs dan dipinjamkan semula ke Sheffield untuk memastikan beliau terus program pembangunan di Sheffield yang sangat positif.

Selepas itu, Spurs meminjamkan beliau ke QPR dan Aston Villa. Selepas beliau menjadi matang dalam permainan, beliau menjadi bek kanan utama Spurs pada 2011.

Pada 2012, beliau dianugerahkan PFA Young Player Of The Year dan 2 kali dinamakan dalam PFA Team of the Year.

Walker tampil dalam 228 perlawanan untuk Spurs. Menjaringkan 4 gol dan membantu Spurs menamatkan liga di tangga kedua musim lalu. Penamat paling tinggi Spurs dalam era Premier League.

City dilaporkan membayar sekurang-kurangnya £53 juta untuk Walker. Sekaligus menjadikan beliau pemain pertahanan termahal di dunia memecahkan rekod David Luiz pada 2014.

Nilai yang telah dibayar adalah £50 juta. Baki £3 juta sehingga £5 juta akan dibayar akhir musim hadapan.

Sumber

Manchester City – https://www.mancity.com/news/first-team/first-team-news/2017/july/kyle-walker-joins-city