RASMI: KL United Kini Bertukar Menjadi Kuala Lumpur City

Kerjasama Semuanya BOLA

Kuala Lumpur City

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

Pasukan Liga Super, KL United kini sekali lagi menukar nama mereka sebelum permulaan musim baharu Liga Super 2021 apabila menjenamakan semula diri mereka kepada Kuala Lumpur City.

Perkara ini diumumkan oleh badan penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) dalam sebuah ciapan di Twitter baru-baru ini.

Menurut MFL, pihak mereka telah menerima permohonan penukaran nama tersebut dan kini KL City menjadi nama rasmi mereka.

Bukan itu sahaja, mereka turut menukar logo pasukan yang sebelum ini sering dikaitkan dengan lambang pasukan Amerika Selatan – Colombia.

Tampil dengan logo baharu yang lebih segar, KL City menggunakan elemen perisai pada lambang mereka dengan warna merah menjadi warna dominan.

Terdapat elemen reversed vortex yang merangkumkan warna merah, putih dan biru yang sinonim dengan bendera Kuala Lumpur di logo tersebut.

Selain itu juga terdapat elemen bola yang menggunakan warna merah, biru dan kuning yang melambangkan Wilayah Persekutuan serta kepala harimau di bahagian atas logo.

Sebelum menjadi KL City, nama KL United digunakan selepas mereka menjenamakan semula pasukan yang sebelum ini dikenali dengan nama Kuala Lumpur.

Skuad Warga Kota akan memulakan kempen Liga Super 2021 dengan bertandang ke Stadium Bandaraya bertemu Pulau Pinang.

Baca juga artikel kami mengenai Kuala Lumpur City:

Bojan Hodak Mahu Pacu Prestasi Lebih Cemerlang Buat Kuala Lumpur

Zhafri Yahya Mahu Beri Sumbangan Lebih Bermakna Bersama Kuala Lumpur

Gandingan Marcote-Nidzam Adzha Akan Dijelmakan Semula Di Kuala Lumpur?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply