RASMI: Kieran Trippier Milik Atletico Madrid Dengan Perpindahan Bernilai £20 Juta

Atletico Madrid mengesahkan bahawa mereka berjaya mendapatkan bek kanan Tottenham Hotspur dan England iaitu Kieran Trippier. Atletico dilaporkan membayar sekitar £20 juta untuk pemain tersebut.

Trippier menjadi sasaran pasukan seperti Atletico dan Napoli dalam perpindahan kali ini selepas Spurs menyenaraikan pemain itu sebagai untuk dijual dalam bursa perpindahan.

Ini juga menandakan bahawa Kieran Trippier mengakhiri karier 4 musim di Spurs. Antara kejayaan tertinggi beliau adalah membantu kelab itu menjadi naib juara UCL musim 2018/19. Trippier juga menjadi bek kanan utama England pada Piala Dunia yang lalu.

Kieran Trippier turut mencapai kesepakatan dengan kontrak selama 3 tahun bersama kelab yang berpangkalan di Madrid itu.

Beliau menyifatkan Atletico sebagai kelab yang hebat diuruskan jurulatih yang hebat – Diego Simoene.

Sebaik sahaja memeterai perjanjian itu, beliau terus menyertai pasukan untuk sesi latihan pra musim.

Trippier dianggap pemain yang sesuai dengan sistem Diego Simeone kerana seorang bek kanan yang aktif melakukan hantaran silang. Beliau juga merupakan pemain yang boleh mengambil tugasan sepakan percuma dan bola mati.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram