RASMI: Khair Jones, Ferris Danial & Nurridzuan Perkuat MU

Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) telah mengumumkan 3 pemain baharu mereka pada hari ini. Dua daripadanya adalah pemain yang sebelum ini pernah menyarung jersi mereka.

Pertamanya ialah Nurridzuan Abu Hassan. Pemain 27 tahun pemain kelahiran Perak yang beraksi di posisi Tengah Ofensif (Attacking Midfieder) – adalah antara pemain berbakat dari Skuad Pembangunan, Harimau Muda A.

Beliau memulakan karier profesionalnya bersama Perak pada 2011 sebelum membarisi skuad Harimau Muda A dari 2012 hingga 2014.

Beliau kemudiannya kembali menyertai Perak selama 2 musim sebelum bersama Pahang pada 2017, PKNS FC dan bersama Selangor selama 2 musim.

Pencapaian terbaik Nurridzuan setakat ini adalah membantu Skuad Tok Gajah muncul Naib Juara Piala FA 2017 dan Pemain Terbaik Bulanan PFAM bagi bulan Jun 2015 ketika bersama Perak.

Seterusnya Melaka United mengesahkan pemain berbakat besar, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir kembali semula ke pangkuan Skuad Hang Tuah.

Ferris Danial yang kini berusia 27 tahun tidak asing lagi di kalangan penyokong Melaka United apabila menjadi antara pemain yang membarisi Skuad Hang Tuah yang menjuarai saingan Liga Premier pada musim 2016.

Pemain kelahiran Kelantan itu yang juga antara pemain dari Skuad Harimau Muda suatu ketika dahulu adalah seorang pemain yang beraksi di posisi penyerang.

Dan yang ketiga ialah Khair Muhammad Jefri Jones yang bakal menyertai semula pasukan Melaka untuk memperkuatkan mereka pada musim depan.

Nama Khair Jones tidak asing lagi dalam kalangan penyokong Skuad Hang Tuah sebagai antara tonggak utama yang pernah membantu Melaka United menjuarai Liga Premier 2016.

Pemain berdarah kacukan Malaysia-New Zealand ini meninggalkan Melaka United pada penghujung musim 2018 dan menyertai Kuala Lumpur musim lalu.

Kepulangan Khair Jones ke Melaka bakal menyaksikan saingan bagi merebut posisi di bahagian Pertahanan pasukan musim depan.

Selamat maju jaya kepada semua pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN