RASMI: Keylor Navas Milik PSG

Segala persoalan tentang masa depan Keylor Navas akhirnya terjawab. Pemenang 3 UCL tersebut menyertai PSG dengan nilai perpindahan hanya £11.8 juta.

Musim lalu Zinedine Zidane sudah memberitahu bahawa beliau akan terus memberikan kepercayaan kepada Thibaut Courtois sebagai penjaga gol utama.

Zidane memberikan kebenaran untuk Courtois bercakap dengan mana-mana kelab. Navas dikaitkan dengan beberapa pasukan. Namun selepas itu, PSG mulai menunjukkan minat ke atas beliau.

Navas kemudian dilaporkan meminta kelab untuk menerima tawaran daripada PSG.

PSG baru sahaja mengumumkan Sergio Rico pada hari terakhir perpindahan musim panas. Beberapa jam selepas itu mereka mengumumkan Keylor Navas. Pemain yang dijangka akan menjadi penjaga gol nombor 1 yang baharu di PSG.

Sementara itu, Alphonse Areola dipinjamkan ke Real Madrid untuk sepanjang musim ini, dan ada klausa belian tetap dimasukkan.

Ianya satu perpindahan yang agak mengejutkan melibatkan penjaga gol di PSG kali ini. Hal ini kerana sebelum ini PSG mahu menjadikan Areola no.1 di PSG Dan juga cuba menjadi penjaga gol no.1 di Perancis, memberikan saingan kepada Hugo Lloris.

PSG memuat naik video khas sempena pengumuman kedatangan Keylor Navas ke dalam pasukan mereka.

Adakah anda rasa ini pembelian yang baik? Kami ingin dengar pandangan anda di ruangan komen.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply