RASMI: Kevin Ramalingam Letak Jawatan CEO MFL

Kevin

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam sah telah meletakkan jawatan beliau bersama badan penganjur bola sepak negara itu.

Perkara tersebut disahkan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh MFL di laman sesawang rasmi badan itu sebentar tadi.

Stadium

Menurut MFL, Kevin telah menghantar surat perletakan jawatan pada 28 November lalu sebelum persetujuan bersama oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL untuk menerima perletakan jawatan tersebut.

Bagi melancarkan pentadbiran di dalam badan pentadbir tersebut, Presiden MFL, Dato Hj Hamidin Hj Mohd Amin telah melantik Ahli Lembaga Pengarah, Dato’ Ab Ghani Hassan sebagai pemangku CEO berkuatkuasa pada 1 Disember ini.

“Kevin telah menghantar permohonan untuk melepaskan jawatannya sebagai CEO MFL kerana ingin meneruskan karier baharu dan Ahli Lembaga Pengarah MFL menerima permohonan itu demi kebaikan masa depan beliau.

“MFL turut tidak mahu terlepas peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada Kevin selama beliau bertugas bersama MFL dan mendoakan selamat maju jaya di tempat baharu nanti,” ujar kenyataan tersebut.

Dato’ Ab Ghani Hassan akan memangku jawatan yang ditinggalkan Kevin sehingga CEO MFL yang baharu dilantik.

Kevin dilantik selaku CEO MFL pada April 2015. Sebelum itu beliau pernah menjawat jawatan  CEO The Red Warriors Sdn. Bhd.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram