RASMI: Karsten Neitzel Sah Bergelar Ketua Jurulatih Selangor

Karsten Neitzel Liga Malaysia (Liga-M) Selangor

Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) mengorak langkah pantas bagi menghadapi saingan musim 2021 apabila baharu sahaja mengumumkan pelantikan Karsten Neitzel dari Jerman sebagai Ketua Jurulatih kelab tersebut.

Pengendali yang bakal menjengah usia 52 tahun pada 17 Disember nanti itu hadir dengan reputasi hebat berbekalkan pengalaman selama 10 tahun berkecimpung dalam bidang kejurulatihan di negara gergasi bola sepak dunia tersebut.

Neitzel sebelum ini telah membimbing kelab-kelab di Jerman seperti Rot-Weiss (RW) Essen, SV Elversberg, Holstein Kiel serta turut pernah bergelar penolong pengurus dan pengurus interim di kelab Bundesliga 2, VFL Bochum.

Selain itu, Neitzel turut pernah merasai pengalaman di Asia selama semusim apabila berperanan sebagai pembantu kepada pengurus pasukan dari Jerman, Volker Finke ketika bersama Urawa Reds.

Mengulas mengenai kehadirannya di Selangor, Neitzel mengakui bahawa amat penting untuk mengembalikan keyakinan para penyokong skuad Gergasi Merah itu.

”Adalah penting untuk meyakinkan orang ramai di kelab ini dengan memenangi perlawanan, sudah pasti. Pada beberapa minggu terakhir, pasukan ini mula untuk memberikan kesan itu dengan cara yang baik.”

”Saya mempunyai perasaan yang baik [terhadap pasukan ini]. Saya telah menyaksikan banyak perlawanan pasukan utama dan saya merasakan kami mempunyai pasukan dengan kualiti yang cukup baik.”

”Saya juga telah melihat beberapa perlawanan pasukan kedua [Selangor 2]. Mereka juga mempunyai potensi yang baik. Sebagi contoh Aliff [Haiqal], [Ahmad] Zikri, Afro [Nazeem] dan [Ahmad] Danial sebagai penyerang. Mereka merupakan pemain yang baik tetapi saya tidak mahu memberikan mereka terlalu banyak tekanan.”

”Saya akan memberikan sokongan kepada pemain-pemain muda ini, sama seperti terhadap pemain senior,” ujar Neitzel bercakap kepada FAS.

”Sama juga seperti peminat, saya juga ‘laparkan’ kejayaan. Saya mahu memenangi setiap perlawanan yang dihadapi bersama pasukan saya, barisan kejurulatihan dan penyokong.”

”Tetapi, kami perlu melakukannya dengan langkah demi langkah. Kami perlu untuk meningkatkan cara permainan, kami perlu meningkatkan perkara kecil kerana perkara kecil boleh memberikan perbezaan yang besar.”

”Para penyokong perlu untuk mengetahui apa yang kami lakukan dan perlu untuk memahami idea kami. Mereka perlu mempunyai perasaan yang mana kami tahu mereka sentiasa berada di belakang kami dan saya merasakan hubungan baik antara pasukan, kelab dan para penyokong.”

Kehadiran Karsten Neitzel itu juga sekali gus telah menamatkan spekulasi berhubung pengganti kepada B. Satiananthan yang dipecat ketika saingan CIMB Liga Super 2020 masih berbaki tiga perlawanan untuk ditamatkan.

Kredit featured image: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)

Baca artikel lain dari kami mengenai Selangor:

Kelibat Karsten Neitzel Di Selangor, Adakah Beliau Pengendali Baharu ‘The Red Giants’?

Taylor Regan & Rufino Segovia Sah Tinggalkan Selangor

Selangor Semakin Hampir Muktamadkan Shahrel Fikri, Nik Sharif Haseefy

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN