RASMI: Kai Rooney Sertai Manchester United

Kai Rooney Manchester United

Cinta Wayne Rooney terhadap Manchester United nampaknya ternyata masih utuh selepas anaknya, Kai menyertai akademi bekas pasukannya itu.

Bekas penyerang England tersebut memuat naik gambar di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan beliau dan isteri Colleen menemani anaknya yang berusia 11 tahun itu menandatangani kontrak.

“Hari yang amat membanggakan. Kai menyertai Manchester United. Teruskan usaha keras awak anakku,” ujar Rooney dalam hantarannya yang memaparkan beliau memegang jersi dengan nombor ikonik 10 yang digunakan olehnya sebelum ini.

Ia memberi peluang kepada Kai untuk mengukuti jejak ayahnya yang mencipta nama di kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan walaupun beliau merupakan penyokong Everton.

Rooney menyertai United dari Everton pada 2004 dan kariernya selama 13 tahun di Old Trafford menyaksikan beliau muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 253 dalam 559 penampilan.

Beliau juga merupakan pemegang rekod penjaring terbanyak skuad kebangsaan England dengan 53 gol dalam 120 penampilan.

Selepas meninggalkan United, beliau telah menyertai semula Everton selama semusim dan kemudian berhijrah ke Amerika Syarikat untuk beraksi di Liga MLS bersama DC United.

Beliau kembali semula ke England apabila ditawar menjadi pemain merangkap jurulatih di Derby County dan kini telah dilantik sebagai pengurus sementara kelab Liga Kejuaraan berkenaan ekoran pemecatan Phillip Cocu pada bulan lepas.

Kredit Foto: Wayne Rooney

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Wayne Rooney dan Manchester United:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply