RASMI: Jodoh Ronald Koeman Dengan Barcelona Kini Berakhir

Ronald Koeman

Barcelona akhirnya memilih untuk memecat pengurus mereka iaitu Ronald Koeman selepas pengurus itu terus menconteng arang di muka kelab tersebut.

Selepas pasukan itu kalah kepada Real Madrid dalam aksi El Clasico di laman sendiri, Koeman terus gagal memberikan kemenangan kepada Barcelona selepas pasukannya tewas kepada Rayo Vallecano.

Kekalahan tipis 1-0 di tempat lawan itu kemudiannya membawa kepada pemecatan Koeman.

Gol dari Radamel Falcao memastikan pengurus itu kehilangan kerjayanya, menjadikan Koeman mangsa kepada Tragedi Oktober di penghujung bulan ini.

Menurut laman rasmi Barcelona, Koeman telah pun disingkirkan oleh presiden kelab iaitu Joan Laporta selepas perlawanan.

Oleh itu, Koeman akan meninggalkan kelab pada hari ini (Khamis) dengan mantan pengurus Southampton dan Everton itu akan mengucapkan selamat tinggal kepada para pemainnya.

“Ronald oeman akan ucapkan selamat tinggal kepada skuad pada Khamis di Ciutat Espotiva.”

Dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan mereka, Barcelona turut mengucapkan terima kasih diatas segala usaha yang diberikan Koeman untuk memajukan kelab itu pasca era Messi.

“FC Barcelona ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau atas perkhidmatannya kepada kelab dan mengucapkan semoga maju jaya kepadanya dalam karier profesional beliau.”

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply