RASMI: JDT Alu-Alukan Kepulangan Wira Piala AFC 2015, Leandro Velaquez

Teka teki siapa bakal menggantikan tempat Aaron Niguez sudah pun dijawab. JDT mengumumkan kepulangan salah seorang wira Piala AFC 2015 iaitu Leandro Velasquez. Perjanjian dimeterai pada ‘deadline day’.

Sebelum ini JDT mengumumkan mereka terpaksa menamatkan khidmat Aaron Niguez kerana mengambil kira isu taktikal serta berdasarkan penelitian dalam sesi latihan dan perlawanan kompetitif.

Leandro menjadi pemain import JDT menggantikan Jose Pereyra Diaz dalam kempen Piala AFC 2015. Dan beliau ketika itu bersama sama dengan pengurus beliau ketika ini iaitu Luciano Figueroa dalam pasukan.

JDT dalam kenyataan mereka berkata: “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sukacita ingin mengumumkan kedatangan semula penyerang Argentina, Leandro Velazquez.”

“Leandro, pemain yang pernah melakarkan sejarah Harimau Selatan, kini sudah berada di Johor dan boleh membuat ‘debut’ kedua beliau bersama JDT untuk perlawanan menentang Melaka United dalam saingan unifi Liga Super Malaysia 2019 pada Sabtu ini, 23 Februari.”

“Yang paling menarik, Leandro merupakan sebahagian daripada para pemain yang terlibat dalam kempen kejayaan Piala AFC 2015, yang mana JDT telah menjadi kelab pertama di Asia Tenggara memenangi pertandingan tersebut.”

“Tidak ada mana-mana kelab dari benua Asia Tenggara ini pernah melangkau hingga ke peringkat separuh akhir yang kemudiannya menyaksikan JDT menang 1-0 ke atas Istiklol FC hasil jaringan tunggal Leandro pada perlawanan akhir.”

“Velazquez telah ditandatangani sebelum jendela perpindahan tutup pada hari Rabu.”

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply