RASMI: Fulham Jadi Destinasi Pilihan Penjaga Gol Perancis Alphonse Areola

Alphonse Areola Fulham

Masa depan penjaga gol Perancis, Alphonse Areola akhirnya terjawab apabila beliau sah menyertai Fulham secara pinjaman selama semusim dari kelab Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) dengan pilihan untuk pembelian secara tetap.

Musim lepas, penjaga gol berusia 27 tahun itu dipinjamkan ke Real Madrid. Beliau diturunkan dalam sembilan perlawanan termasuk 2 aksi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dan membantu kelab Sepanyol itu menjuarai La Liga.

“Saya sangat gembira segalanya telah selesai. Pengurus kelab, Scott Parker telah menghubungi saya saya rasa senang dengan hasratmya. Dia mengatakan betul-betul mahu saya menyertai pasukan ini,” ujar Areola ketika ditemubual BBC.

“Fulham merupakan kelab yang sangat bersejarah di London dan saya telah banyak dengar mengenai stadiumnya.”

Stadium Fulham, Craven Cottage yang mempunyai berkapasiti 25,700 tempat duduk merupakan salah satu stadium tertua di England dan telah menjadi gelanggang rasmi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut sejak tahun 1896.

Areola yang berketinggian 1.95 meter telah mengumpul 3 kaps bersama skuad kebangsaan Perancis dan merupakan sebahagian daripada angota skuad bimbingan Didier Deschamps yang menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Saya harap musim ini akan berakhir dengan baik untuk kami. Saya mahu bawa tenaga serta semangat saya dan lakukan apa sahaja untuk pasukan ini bagi memastikan kami kekal berada di tempat yang sepatutnya.”

Dalam pada itu, pemilik bersama Fulham Tony Khan yakin dengan kemampuan dan pengalaman Areola untuk membantu pasukannya mengharungi cabaran di EPL.

“Dia telah beraksi untuk skuad kebangsaan Perancis dan memenangi kejuaraan liga bersama PSG. Malah dia juga beraksi cemerlang beraama RC Lens, Bastia dan Villareal. Musim lepas dia menjuarai La Liga ketika dipinjamkan ke Real Madrid,” ujar Khan.

“Sudah tentu saya gembira pemain sepertinya menyerai kelab ini. Dia akan menjadi nilai tambah yang baik untuk pasukan ini.”

The Cottagers kembali ke saingan EPL selepas mengatasi Brentford dalam perlawanan akhir Play-off Liga Kejuaraan.

Kredit Foto: Fulham

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:

We

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN