RASMI: FAM Batalkan Saingan MPFL 2021

MPFL

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan pembatalan kejohanan futsal utama tempatan iaitu Malaysia Premier Futsal League atau MFPL bagi saingan musim 2021.

Dalam sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar berkata pembatalan itu dilakukan berikutan faktor keselamatan dengan wabak pandemik Covid-19 menjadi perkara utama.

Keputusan diambil kerana tidak mahu memperjudi keselamatan para pemain, pegawai, petugas perlawanan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan saingan tersebut.

Menurut laman rasmi FAM, keputusan untuk membatalkan kejohanan ini turut mengambil kira status kejohanan yang selama ini tertangguh kerana keputusan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Keputusan ini juga diambil selaras dengan status penganjuran pertandingan tersebut yang sehingga kini masih belum mendapat kebenaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Keselamatan Negara.”

Dalam masa yang sama, FAM juga berasakan keputusan ini adalah yang terbaik untuk semua pihak kerana satu keputusan konkrit telah pun dicapai.

Dengan terpatrinya pembatalan ini, FAM berpendapat ianya boleh memberikan lebih masa kepada pasukan untuk menukar fokus mereka kepada persiapan bagi musim 2022 pula.

Keputusan ini dijangka tidak begitu popular dalam kalangan pengikut arena futsal negara dikala baru semalam Perdana Menteri baru saja mengumumkan sektor sukan sudah boleh beroperasi semula.

Namun begitu, FAM terpaksa melakukannya demi keselamatan semua.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply