RASMI: FA Selangor Umum Safuwan Baharudin Untuk Slot Import ASEAN

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengumumkan pemain antarabangsa Singapura, Safuwan Baharudin sebagai pemain import terbaru mereka pada musim ini.

Perkara itu disahkan melalui satu video yang pengenalan pemain yang dikongsikan oleh FAS di plaform media sosial mereka sebentar tadi.

Safuwan bukanlah watak asing di kancah saingan Liga Malaysia selepas beraksi selama dua musim bersama pasukan Pahang FA sebelum ini.

Ketibaan Safuwan melengkapkan senarai import pasukan Selangor untuk Liga Malaysia 2020 selepas turut memiliki Sandro da Silva (Brazil), Ifedayo Olesegun (Nigeria), Rufino Segovia (Sepanyol), dan Taylor Regan (Australia).

Safuwan yang akan melengkapkan slot import untuk pemain ASEAN adalah seorang pemain tengah bertahan.

Prospek beliau akan digandingkan bersama-sama dengan Brendan Gan menjadikan bahagian tengah pasukan Selangor pasti mengujakan buat penyokong Selangor.

Sejak menyertai Pahang pada dua musim lalu, Safuwan adalah antara pemain import ASEAN yang paling konsisten.

“Bismillah. Musim baharu. Permulaan baharu. Matlamat baharu. Terima kasih FA Selangor kerana memberi peluang untuk saya menjadi sebahagian daripada pasukan.

Sumber: Pahang FA, Facebook.

“Saya akan memberikan yang terbaik, inshaAllah!” ujar beliau melalui muat naik di Twitter.

Safuwan adalah produk Young Lions FC dan turut merupakan sebahagian daripada anggota skuad Lions XI yang muncul juara Liga Super pada 2013, dan Piala FA pada 2015.

Sepanjang bersama Pahang, pemain yang turut pernah berkelana bersama Melbourne City FC ini pernah membantu skuad Tok Gajah muncul juara Piala FA pada 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN