RASMI: Dion Cools Sah Perkuat Harimau Malaya

Pemain kelahiran Belgium-Malaysia sah akan menyarung jersi skuad Harimau Malaya apabila diumumkan sebagai pemain ke-26 yang menyertai kem pasukan kebangsaan di Dubai pada hari ini.

Pengesahan pemain pertahanan FC Midtjylands itu menyertai pasukan kendalian Tan Cheng Hoe disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui satu pengumuman pada hari ini.

 

“Alhamdulillah, pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools telah bersama pasukan di Dubai, UAE, hari ini dan secara rasmi sah diumum sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya,” kata Datuk Hamidin dalam satu kenyataan di laman sosial FAM.

“Ini berikutan selepas segala proses dokumentasi di peringkat FIFA dan AFC, terutamanya berhubung status kelayakannya, pendaftaran dan lain-lain telah selesai.

“Dengan kehadiran beliau, ia akan dapat memberi nilai tambah serta memperkasakan lagi pasukan Harimau Malaya.
Harapan saya kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penyokong setia Harimau Malaya, doakan pasukan kita ini untuk beroleh kejayaan. Amin.”

Ia bukan mengejutkan Cools akan menyertai pasukan negara untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas pada minggu lalu diumumkan sebagai salah seorang dari 16 pemain yang dilepaskan oleh FC Midtjylands untuk tugasan antarabangsa.

Walaupun nama pemai n itu kemudian dipadam dari senarai tersebut, khabar angin mengenai pemain itu tidak pernah padam.

JDT Bakal Umum Dion Cools Pada 20 Disember Ini?

Presiden FAM, Datuk Hamidin Bin Haji Mohd Amin turut memberikan bayangan bahawa pemain itu akan tiba di Dubai untuk bersama pasukan negara melalui satu mesej ringkas yang dikongsikan oleh laman sosial badan bola sepak negara itu.

Ketibaan Dion Cools mampu menjadi senjata sulit pasukan negara dalam menghadapi baki pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022?Piala Asia 2023 yang sukar.

Kempen pasukan negara akan bermula pada 3 Jun hadapan menentang UAE, diikuti Vietnam pada 7 Jun dan terakhirnya, berdepan Thailand pada 15 Jun.

Pemain berusia 24 tahun kelahiran Sarawak itu amat sinonim dengan posisi bek kanan, namun mampu beraksi dengan baik di posisi bek kiri selain di posisi sayap kanan.

Walaupun baharu, Dion Cools dijangka tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di dalam kem negara. Apatah lagi skuad negara pada hari ini turut memiliki beberapa pemain kacukan seperti Brendan Gan, Junior Edstal, Matthew Davies dan juga Corbin Ong.

Sudah tentu antara sebab Tan Cheng Hoe memanggil Dion Cools untuk menyertai skuad negara ialah kerana pengalaman pemain ini beraksi di pertingkat tertinggi di eropah.

Musim ini Dion Cools telah tampil dalam 21 perlawanan liga untuk naib juara Superliga Denmark, FC Midtjyland. Malah pada awal musim ini, Cools juga beraksi menentang Liverpool di pertandingan UEFA Champions League pada musim ini.

Selain daripada mewakili kelab di pentas Eropah, Cools juga pernah beraksi untuk Belgium di setiap peringkat umur pertandingan antarabangsa.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Harimau Malaya:

https://semuanyabola.com/5-sebab-harimau-malaya-harus-optimis-mampu-raih-keputusan-positif/

Semua Pemain Skuad Kebangsaan Terima Hadiah G-SHOCK Edisi Harimau Malaya

Liridon Krasniqi Jumpa Ronaldinho Minta Tips Sebelum Sertai Skuad Harimau Malaya?

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN