RASMI: Damian Yeo Letak Jawatan Presiden MUSA Berkuatkuasa Serta Merta

YB Tn Damian Yeo Shen Li hari ini sah meletakkan jawatan beliau selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) selepas hanya 5 bulan menyandang jawatan tersebut.

Perkara itu disahkan sendiri oleh beliau melalui satu kenyataan yang dikongsi di Facebook beliau pada hari ini.

Selain Damian, barisan Exco yang turut dilantik bersama Damian untuk menerajui MUSA sebelum ini turut sama meletak jawatan berkuatkuasa serta merta.

Damian yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri N.21 Duyung dilantik sebagai Presiden MUSA selepas diberi mandat tersebut oleh Ketua Menteri Melaka pada ketika itu, Tuan YB Adly Zahari.

MUSA adalah antara persatuan di negara ini yang memberikan kuasa penuh kepada Ketua Menteri untuk menentukan jawatan presiden badan induk bola sepak negeri.

Menurut Damian, sepanjang beliau menerajui MUSA, beliau telah membantu menstabilkan beban kewangan persatuan tersebut.

“Apabila saya menerajui sebagai Presiden pada 1.11.2019, terdapat RM11.151 juta. 70% adalah hutang pemain-pemain. Selainnya adalah hutang dari pembekal sejak tahun 2016,” kata Damian dalam kenyataan tersebut.

“Dan dibawah pengurusan saya, saya telah menyelesaikan hutang sebanyak RM5.7 juta (ini termasuk wang sebanyak RM2.6 juta yang dikeluarkan dari pihak saya).

“Buat masa ini sebanyak RM1.4 masih tertunggak kepada pasukan Presiden 2018/2019, Belia 2018/2019, pengurusan dan agensi statutori yang perlu dibayar.

“Kerana ini Melaka bakal ditolak mata. Disebabkan isu politik dan coronavirus yang berpanjangan akan dan sedang mengugat masalah kewangan MUSA buat masa ini.”

Bagaimanapun Damian yakin beliau mampu meyelesaikan masalah hutang ini dan mengukuhkan kewangan MUSA sekiranya diberikan lebih banyak masa menerajui badan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN