RASMI: D. Saarvindran Diumum Rekrut Terbaharu Terengganu FC

Saarvindran

Teka-teki mengenai kelibat bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) II, D. Saarvindran di sesi latihan Terengganu FC akhirnya terjawab selepas skuad penyu itu secara rasminya mengumumkan kehadiran pemain berusia 27 tersebut bagi menghadapi musim 2020.

Menurut laporan sebelum ini, Saarvindran dikatakan berjaya mencuri tumpuan ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain untuk mendapatkan khidmatnya selepas menjalani sesi percubaan hampir lima hari di Kuala Terengganu.

“Kemasukkannya menambah pilihan [buat saya]. Dia bermain di bahagian sayap dan kita tahu, Saarvindran pernah bermain dengan Harimau Muda dan kemudian Pahang dan JDT. Kita rasa, dia ada kualiti tersendiri untuk memperkuatkan pasukan.”

Bekas Pemain JDT II, D. Saarvindran Bakal Berhijrah Ke Terengganu FC?

Kehadiran Saarvindran ke dalam pasukan juga dilihat mampu untuk memberikan lembaran sinar baru buatnya yang sebelum ini hanya beraksi di saingan Liga Premier.

Selain JDT II, Saarvindran yang merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil turut pernah menyarung jersi Harimau Muda A & B serta Pahang.

Menurut sumber laman sesawang rasmi Terengganu FC, Nafuzi Zain mengharapkan agar D. Saarvindran kembali mendapat sentuhan yang pernah dimilikinya pada satu ketika, di samping dapat membantu pasukan.

Kredit foto: Terengganu FC

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN