RASMI: Courtois Sertai Real Madrid, Kovacic Sertai Chelsea

Real Madrid baru sahaja mengesahkan bahawa Thibaut Courtois sah menyertai gergasi Sepanyol itu. Beberapa media melaporkan perjanjian itu bernilai €35 juta.

Dalam kenyataan oleh bahagian komunikasi kelab, mereka menyatakan:

“Real Madrid CF dan Chelsea telah mencapai persetujuan perpindahan Thibaut Courtois, yang akan bersama kelab ini untuk 6 musim lagi.”

“Selepas ujian medikal esok, Khamis 9 Ogos, pemain akan dipersembahkan pada 1 petang di anjung kehormat, Stadium Santiago Bernabeu.”

“Sebaik selesai, Courtois akan turun ke padang Santiago Bernabeu buat pertama kali dengan menyarung jersi Real Madrid dan kemudiannya menghadiri sidang media di bilik media.”

Sementara itu pemain tengah mereka, Mateo Kovacic akan berpindah ke Chelsea untuk pinjaman semusim sehingga 30 Jun 2019.

Buat masa ini tidak dinyatakan status pinjaman itu ada opsyen pembelian tetap ataupun tidak.

Courtois telah dilaporkan meminta agar Chelsea menerima bidaan daripada Real Madrid. Beliau tidak kembali ke London seperti yang dijadualkan dengan status AWOL.

Beliau berada di Belgium menunggu perpindahan ini dimeterai. Dalam perkembangan berkaitan Mateo Kovacic dikatakan mogok tidak mahu menyertai sesi latihan Real Madrid kerana mahu kelab tersebut melepaskan beliau ke Chelsea.

Ini selepas Real Madrid tidak menjamin beliau akan menjadi pemain utama pasukan. Selepas berbincang dengan pengurus pasukan, Kovacic kembali semula ke latihan dan kelab berjanji akan melepaskan beliau pada tawaran yang betul.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN