RASMI: Barcelona Pecat Valverde, Lantik Quique Setien

Barcelona mengesahkan mereka memecat Ernesto Valverde dan menggantikannya dengan Quique Setien.

Masa depan Valverde menjadi subjek hangat seoanjang minggu ini. Ianya berikutan kekalahan Barcelona di tangan Atletico dalam Piala Super Sepanyol.

Barcelona sebegini ada berbincang dengan calon seperti Xavi Hernandez untuk menggantikan Ernesto Valverde. Namun legenda Barca itu menolak tawaran itu kerana masanya belum sesuai.

Barcelona memutuskan ikatan dengan Valverde selepas pengurus itu gagal meyakinkan ramai pihak.

Penyokong Barcelona sudah lama melancarkan kempen menyingkirkan Valverde yang dianggap sebagai tidak bagus secara taktikal.

Malah di Arab Saudi, penyokong Barcelona di sana turut menaikkan banner Valverde Out.

Valverde memberikan 2 kejuaraan La Liga secara berturut-turut kepada Barcelona. Namun ia masih belum cukup untuk menjamin tempatnya di kerusi pengurus Barca.

Barcelona dalam kenyataan rasminya menyatakan:

“Barcelona dan Ernesto Valverde telah mencapai persetujuan untuk menamatkan kontrak di antara kedua-dua pihak.”

“Kelab ini secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada Ernesto Valverde atas profesionalisme, komitmennya, dedikasinya dan cara beliau menjaga pasukan ini dengan semangat yang selalu positif terhadap semua usaha beliau yang membentuk keluarga Barca.”

“Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau, dan semoga terus berjaya pada masa akan datang.”

“163 perlawanan sebagai jurulatih Barça, Ernesto Valverde memenangi 108 (66.25%), 35 seri (21.47%) dan 20 kekalahan (12.26%).”

“Beliau telah membantu kelab menjulang empat trofi sebagai jurulatih: dua gelaran La Liga, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol.”

“Beliau memulakan karier sebagai jurulatih Barcelona bermula pada musim panas 2017, beliau mengambil alih jawatan kelab ini selepas empat musim dengan Athletic Club de Bilbao.”

“Selepas tewas kepada Real Madrid dalam Piala Super Sepanyol dalam penampilan sulungnya sebagai pengurus. Beliau mengakhiri musim yang berjaya meraih kejuaraan liga.”

“Dan dua kejuaraan piala berganda, mengalahkan Sevilla di final Copa del Rey di Wanda Metropolitano. Namun di Liga Juara-Juara, Barca kalah kepada Roma pada suku akhir.”

“Musim kedua di FC Barcelona bermula dengan kemenangan dalam Piala Super Sepanyol menentang Sevilla di Tangier, Maghribi.”

“Blaugrana juga mempertahankan gelaran liga mereka, merangkul liga di Camp Nou selepas ketika menentang Levante.”

“Akhir kempen itu disulami dengan detik kecewa dengan kekalahan Barca di separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Liverpool, serta kekalahan di final Copa del Rey menentang Valencia.”

“Pada 2019/20 Barça mengakhiri separuh masa pertama kempen itu sebagai pendahulu liga – sama mata dengan Real Madrid – dan berjaya melayakkan diri ke peringkat 16 pasukan akhir Liga Juara-Juara.”

“Minggu lalu, pasukan Barcelona tersingkir daripada Piala Super Sepanyol, di separuh akhir menentang Atlético.”

Sebaik sahaja mengumumkan pemecatan Valverde, Barcelona terus mengumumkan pengurus baharu pasukan mereka iaitu Quique Setien.

Pengurus yang dianggap secocok dengan DNA Barcelona. Pengurus yang gemarkan bola sepak ofensif dan juga high tempo pressing.

Pengurus tersebut akan memulakan tugasannya serta merta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN