RASMI: Barca Umum Pembelian Sergino Dest Dari Ajax Dengan Klausa Pelepasan €400 Juta

Sergino Dest Barcelona

Episod perebutan Barcelona dan Bayern Munich untuk mendapatkan Sergino Dest berakhir selepas pemain muda Amerika Syarikat (AS) berkenaan memilih untuk menyertai kelab Sepanyol tersebut dari Ajax Amsterdam.

Pemain bek kanan berusia 19 tahun itu telah dibeli dengan harga €21 juta (RM102.2 juta) dengan €5 juta bonus tambahan bergantung kepada pencapaiannya di kelab Catalan tersebut.

Berdasarkan kenyataan dalam laman web rasmi Barcelona, Dest telah bersetuju untuk mengikat kontrak selama lima tahun bersama klausa pelepasan bernilai €400 juta (RM1.95 bilion).

Nama Dest melonjak selepas berjaya menembusi skuad utama Ajax dari akademi pada musim lepas dan telah beraksi 30 perlawanan dalam semua pertandingan. Malah beliau juga telah mengumpul tiga kaps bersama skuad kebangsaan AS.

Kehadiran pemain muda tersebut adalah bagi menggantikan pemain Portugal, Nelson Semedo yang telah menyertai Wolverhampton Wanderers tempoh hari.

Perkembangan ini akan mengukuhkan lagi usaha Ronald Koeman untuk membentuk ‘Barcelona baharu’ yang terdiri daripada pemain-pemain muda. Selain Dest, pasukan tersebut juga mempunyai Francisco Trincao, Pedri, Ansu Fati, Carles Alena dan Frenkie de Jong.

Bayern Munich sebelum ini mengatakan pihaknya merasa ‘dikhanati’ selepas Dest memutuskan untuk menyertai Barcelona selepas menyatakan persetujuan awal kepada kelab Bundesliga tersebut.

Kredit Foto: Barcelona

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN