RASMI: Aubameyang Kekal Di Arsenal, Ikrar Mahu Jadi Lagenda Seperti Henry

Iklan

Pierre-Emerick-Aubameyang-Arsenal-captain-signs-a-new-three-year-contract

Akhirnya kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang menamatkan segala spekulasi dengan menandatangani kontrak baharu bersama The Gunners, lewat malam tadi.

Ia satu perjalanan yang agak panjang sebelum ianya dinoktahkan oleh Aubameyang di hadapan lebih 100,000 penonton di laman rasmi Instagram Arsenal. Ini merupakan satu kejayaan buat Arsenal dan tentunya buat pengendali, Mikel Arteta.

‘Saya mahu jadi seperti mereka – lagenda’

Difahamkan beliau menandatangani kontrak baharu untuk tempoh tiga tahun dengan nilai boleh mencapai £350,000 seminggu beserta bonus – setara dengan Mesut Ozil, pemain yang menerima gaji paling mahal di Arsenal pada ketika ini.

Katanya selepas itu di laman Instagramnya daripada Emirates, “Penyokong Arsenal, akhirnya seperti yang anda semua sudah tahu, saya telah menandatanganinya.”

Mengakui ia bukan satu keputusan yang mudah buat dirinya yang pada satu ketika ditambah dengan minat yang telah ditunjukkan oleh juara Ligue 1 dan La Liga, PSG serta Barcelona. Katanya lagi, “Semua tahu betapa istimewanya kelab ini.”

“Di sini, saya telah menyaksikan pemain-pemain yang luar biasa, yang bersemangat tinggi dan yang tidak pernah dikalahkan. Saya juga mengimpikan untuk jadi seperti mereka. dikalangan yang terbaik, di hati para penyokong selamanya,” tambahnya.

‘Inilah keluarga saya’

Ujarnya lagi, “Saya mahu menjadi lagenda di Arsenal seperti Thierry [Henry], [Ian] Wright, [Tony] Adams dan [Dennis] Bergkamp – terlalu ramai untuk disebutkan.”

Sebagaimana Henry, Aubameyang turut dikatakan persis lagenda itu dengan skil jaringan golnya. Jika disebutkan gaya jaringan bekas kapten Arsenal itu, semua penyokong termasuk penyokong lawan akan mengingati bagaimana ‘gaya Henry’.

Mungkin secara kebetulan, Aubameyang turut menyarung nombor jersi lagenda Arsenal itu – 14 – menjadikannya sangat istimewa buatnya dan juga buat para penyokong selepas beberapa tahun pemergian Henry yang ditangisi Gooners.

Begitupun, Aubameyang mampu menghasilkan pelbagai gaya jaringan gol. Namun, kini, Arsenal sudah memiliki penyerang yang mampu ‘menyakiti’ setiap lawan yang mereka tempuh dengan gaya seakan-akan lagenda mereka satu masa dahulu.

Penutup

Sebelum mengakhirnya video pengumumannya, Aubameyang berkata, “Saya mahu meninggalkan legasi [di Arsenal], di sinilah tempat saya dan inilah keluarga saya.”

Untuk rekod, penyerang skuad kebangsaan Gabon berusia 31 tahun itu telah meledak 72 gol sejak menyertai Arsenal pada musim 2017/18 dalam 111 penampilannya.

KREDIT FEATURED IMAGE: ARSENAL.COM

Baca lagi artikel mengenai Pierre-Emerick Aubameyang:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram