RASMI: Arthur Melo Kini Sah Sertai Barcelona Dari Gremio

Barcelona kini sudah mempunyai pemain baharu!

Juara La Liga musim lalu tersebut telah pun mengesahkan perpindahan pemain baharu mereka yang dibeli dari kelab Brazil – Gremio.

Arthur Melo berjaya diikat oleh Barcelona selepas kelab itu bersetuju membayar jumlah yuran perpindahan sebanyak €31 juta.

Selain itu, mereka turut membayar €9 juta lagi sebagai bayaran tambahan – menjadikan yuran perpindahan sebenar menjadi €40 juta.

Arthur menyertai kelab tersebut dengan kontrak panjang apabila beliau bersetuju untuk menyertai Barcelona untuk tempoh selama 6 musim secara keseluruhannya.

Tambah menarik lagi, pemain ini telah pun diikat dengan klausa perpindahan sebanyak €400 juta di dalam kontraknya!

Menurut Arthur, beliau lega proses perpindahan ini berjalan dengan baik tanpa ada sebarang masalah.

“Barcelona yang mahukan perpindahan ini dibawa ke musim panas ini.”

“Persoalan mengapa perpindahan saya jadi, jawapannya ada pada kelab. Perpindahan saya ini bersih dan saya sangat gembira dengan itu.”

“Ia cukup baik bagi semua yang terlibat.”

#ENJOYARTHUR | Welcome!

👋 Bem-vindo Arthur Melo!👋 ¡Bienvenido! Welcome! Benvingut!⚽️ #EnjoyArthur🔵🔴 #EnjoyBarça

Posted by FC Barcelona on Monday, July 9, 2018

Siapa Arthur?

Arthur merupakan pemain remaja berusia 22 tahun yang boleh beraksi untuk pelbagai posisi di bahagian tengah.

Posisi asal beliau adalah pemain tengah, namun beliau juga boleh diletakkan di posisi pemain tengah menyerang atau pemain tengah bertahan.

Barcelona ini merupakan kelab kedua dalam karier beliau manakala beliau sudah mewakili Gremio dari peringkat remaja lagi.

Semoga berjaya buat beliau di Barcelona!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram