RASMI: Arsenal Sah Dapat Partey, Pinjam Keluar Torreira & Guendouzi

Akhirnya, termakbul juga doa penyokong Arsenal untuk melihat Thomas Partey menukar jersi merah putih Atletico Madrid kepada jersi merah putih pasukan mereka.

Selepas dikecewakan dengan berita Houssem Aouar yang akan kekal bersama Lyon sekurang-kurangnya pada musim ini, Arsenal memberi sebab kepada penyokong mereka untuk berparti dengan mengesahkan tandatangan Partey.

Pemain tengah Lucas Torreira pula berhijrah ke arah berbeza selepas melengkapkan perjanjian pinjaman semusim bersama Atletico Madrid. Seorang lagi pemain tengah, Matteo Guendouzi pula akan beraksi di Bundesliga bersama Hertha Berlin – juga secara pinjaman semusim.

Menurut maklumat yang didedahkan oleh wartawan Fabrizio Romano, Charlie Watts dan David Ornstein, perpindahan Partey diaktifkan selepas The Gunners membayar klausa perlepasan pemain tersebut yang berjumlah €50 juta.

Menurut sumber di Sepanyol, pengurus Atletico Madrid Diego Simeone langsung tidak menjangka Partey akan meninggalkan pasukannya pada minit-minit terakhir.

Selepas diberitahu Arsenal tidak mampu membayar klausa perlepasan Partey, beliau mula memasukkan pemain Ghana itu dalam perancangan taktikal pasukannya – walaupun selepas Torreira sah akan menyertai pasukannya. Ini bermakna Torreira bukannya pengganti Partey di Atletico.

Difahamkan Partey tidak akan menjejakkan kaki ke London sehinggalah minggu perlawanan antarabangsa akan berakhir pada minggu depan. Arsenal dilaporkan telah menjalankan ujian perubatan Partey di Sepanyol. Selepas itu, Partey akan terus terbang ke Turki untuk menyertai skuad Ghana.

Niat The Gunners untuk menandatangani Partey sememangnya bukan rahsia lagi. Partey dan Aouar merupakan dua sasaran utama mereka pada jendela perpindahan musim ini.

Jika Aouar menawarkan cetusan kreativiti ketika menyerang, Partey pula menawarkan sekuriti dan insurans kepada pertahanan Arsenal. Pemain Ghana berusia 27 tahun itu amat cemerlang dalam kerja melindungi pertahanan, mempunyai kualiti teknikal yang baik dan kecergasan yang bagus untuk melakukan kerja pressing selama 90 minit.

Partey turut berkemampuan menyumbang dalam bahagian serangan melalui kualiti rembatan jarak jauhnya.

Beliau merupakan salah satu pemain Atletico terbaik sejak dua musim lepas dan sangat penting dalam kempen Champions League.

Menurut Mikel Arteta, beliau telah lama memerhatikan Partey sebelum menandatanganinya:

“Beliau merupakan pemain tengah dinamik dengan tenaga yang tinggi yang kami nak. Beliau juga mempunyai pengalaman yang banyak selepas bermain bermusim-musim dalam La Liga dan Champions League.

“Kami paling suka dengan pendekatannya dalam permainan bola sepak. Beliau pemain yang bijak dan kami tak sabar untuk membantunya menyesuaikan diri dengan sistem kami, untuk meneruskan kemajuan yang kami sedang bina ketika ini.”

Partey akan memakai jersi nombor 18 di Arsenal. Sebelum ini nombor itu dipakai oleh Nacho Monreal.

Baca juga artikel lain yang berkaitan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN