Rasmi: Arsenal Ikat Bernd Leno Dengan Nilai £19.2 Juta

Arsenal terus aktif di bursa perpindahan pemain. Kali ini pasukan The Gunners mengesahkan pembelian penjaga gol Jerman, Bernd Leno dari Bayer Leverkusen dengan nilai £19.2 juta.

Ini adalah pemain kedua menyertai Arsenal di bawah pengurusan Unai Emery. Leno dikatan setuju dengan kontrak 5 tahun ditawarkan Arsenal.

Bernd Leno bukan nama asing dalam bola sepak Eropah. Beliau merupakan penjaga gol berusia 26 tahun yang sudah memiliki 6 kaps bersama Jerman.

Beliau sebahagian daripada pemain dalam skuad Jerman untuk Piala Konfederasi 2017. Beliau hampir berjaya ke Rusia, namun kapten Jerman, Manuel Neuer dipilih di saat akhir selepas cergas.

Namun kualiti penjaga gol di Jerman menyukarkan peluang beliau untuk mewakili negaranya lebih banyak. Leno menyarung jersei Bayer Leverkusen selama 7 musim.

Leno akan bersaing dengan Petr Cech dan David Ospina untuk menjadi no.1 walaupun kami menjangkakan Bernd Leno memang akan menjadi no.1.

Kehadiran Leno ini juga dijangka akan menyaksikan salah seorang, sama ada Cech atau Ospina akan dijual ataupun dilepaskan.

Dalam kenyataan rasmi di laman rasmi kelab, Unai Emery menyatakan:

“Kami berbesar hati apabila Leno menyertai kami. Bernd adalah penjaga gol berkualiti tinggi dan berpengalaman.”

“Beliau telah menjadi pemain yang beraksi pada tahap terbaik dan pemain no.1 regular di Leverkusen dalam saingan Bundesliga untuk 7 musim.”

“Kami gembira kerana Bernd pilih Arsenal dan tidak sabar sabar untuk memulakan kerjasama dengan beliau pada pra-musim ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN