RASMI: Antonio Conte Sah Jadi Pengurus Tottenham Hotspur

Inter Milan

Kelab Premier League, Tottenham Hotspur telah mengesahkan pelantikan Antonio Conte sebagai pengurus baharu mereka.

Dalam sebuah siaran di media sosial mereka, Tottenham memuatnaik video usikan (teaser) yang mengumumkan kehadiran Conte.

“Selamat pagi, Antonio,” kata Tottenham dalam siaran itu.

Pengumuman itu sekali gus mengesahkan spekulasi yang Conte kini ke London.

Beliau sebelum ini dikaitkan dengan jawatan di Manchester United untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer.

Namun selepas Tottenham kalah 3-0 ditangan United, Nuno Santa dibuang dan Conte dibawa masuk.

Pengumuman tersebut pastinya disenangi oleh penyokong Tottenham kerana kredibiliti Conte sebagai pengurus.

Musim lalu, Conte membantu Inter Milan menjuarai Serie A dengan menamatkan dominasi Juventus.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply