Rasmi: Ancelotti Pengurus Baru Napoli, Mahu Pirlo Jadi Pembantu

Bekas pengurus, AC Milan, Chelsea, Real Madrid dan Bayern Munich, Carlo Ancelotti sah menjadi pengendali baru Napoli.

Beliau dikatakan mahu membawa Pirlo sebagai pembantu beliau selepas pemain itu mengumumkan persaraan penuh daripada bola sepak.

Ancelotti setuju dengan terma bernilai £5.27 semusim di Napoli. Sebelum ini beliau turut dikaitkan dengan jawatan di Arsenal dan pasukan kebangsaan Itali.

Pengurus Napoli sebelum ini, Maurizio Sarri dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran lain. Beliau dikatakan bakal menggantikan Antonio Conte di Chelsea.

Masa depan Conte terus menjadi subjek bualan hangat selepas gagal membawa Chelsea mara ke UCL.

Namun satu sumber di Itali menyatakan, Sarri sedang mempertimbangkan tawaran mega daripada Zenith St. Petersburgh yang menawarkan beliau kontrak £5.2 setahun.

Sarri telah membuatkan Napoli mencabar kejuaraan Serie A dan menamatkan kempen di tangga ke-2. Beliau juga membentuk pasukan Napoli yang bermain dengan corak taktikal moden yang sangat menghiburkan.

Jika Sarri menyertai Chelsea, Napoli dikatakan tidak meminta pampasan daripada kelab tersebut untuk pengurus itu dengan syarat Chelsea menjual David Luiz kepada mereka dengan harga kurang £15 juta.

Selepas tamat perlawanan terakhir menentang Crotone, Sarri menyatakan:

“Setiap perkara dalam hidup ini ada pengakhirannya. Lebih baik menamatkan sesuatu itu selepas menulis cerita yang indah. Saya tak tahu saya akan kekal atau tak. Saya mahu bercakap dengan keluarga saya dahulu.”

“Situasi di sini agak sukar. Anda tidak boleh kata anda sedia untuk pergi ataupun sedia berjuang bersama pasukan ini sekali lagi. Sedangkan saya tak tahu sama ada kelab ini mampu mengekalkan beberapa pemain dengan klausa perlepasan yang ada pada mereka. Dan ada tawaran daripada kelab besar untuk mereka.”

“Namun saya memikirkan, jika saya pergi, saya tidak akan pergi secara langsung ke sebuah lagi pasukan Itali. Saya memilih untuk pergi ke luar Itali.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN