RASMI: 3 Perkara Tentang Pemain Baharu Terengganu FC, Carli de Murga

Carli de Murga Terenggau FC 2021 Filipina

Selepas mengumumkan ketibaan Petrus Shitembi, Terengganu FC telah mengorak langkah mengumumkan pemain import kedua mereka, Carli de Murga.

Pemain kacukan Filipina-Sepanyol itu merupakan pemain pertahanan yang boleh beraksi di beberapa posisi iaitu posisi nombor 3, 4, 5 dan juga di posisi tengah bertahan. Namun kebanyakkan masanya, beliau beraksi sebagai pertahanan tengah.

Kelab terakhir beliau sebelum menyertai Terengganu adalah Chonburi FC di Thai League 1 dan telah membantu pasukan tersebut berada di pertengahan liga selepas 16 perlawanan. Kontraknya bersama The Sharks berakhir pada 1 Disember lalu dan semenjak itu, beliau berterusan dikaitkan dengan perpindahan ke Terengganu.

Sertai Filipina melalui Facebook

Mungkin ada yang tidak tahu, Carli de Murga mula bermain secara profesional di Sepanyol iaitu di Cadiz CF sebelum berhijrah ke Atletico Sanluqueno dan Racing Club Portuense di Divisyen ke-4. Beliau kemudian terdengar kisah seorang pemain kelahiran Sepanyol, Angel Guirado yang telah menyertai skuad kebangsaan Filipina pada 2011.

Menyedari dirinya juga memiliki darah kacukan Filipina, beliau berusaha mencari dan akhirnya berjaya menghubungi Guirado menerusi laman sosial Facebook yang membantunya untuk ‘kembali’ beraksi bersama Filipina pada 2011. Dan sehingga kini, beliau merupakan tonggak utama dan telah meraih 44 kaps bersama The Azkals.

Sukan SEA 2011 dan Piala Asia 2019

Beliau yang ketika itu berusia 22 tahun telah tampil buat kali pertama bersama Filipina dalam saingan Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Indonesia. Malangnya, ianya bukan permulaan indah buat dirinya bersama mereka apabila dihantar pulang awal apabila tersingkir di saingan peringkat kumpulan – tercorot Kumpulan B.

Namun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyarung jersi Filipina dan hasilnya, lapan tahun kemudian, mereka berjaya melangkah ke pentas Piala Asia 2019. Walaupun gagal di peringkat kumpulan, ia adalah pengalaman berharga skuad mereka yang kini sedang menghuni kedudukan ke-124 dunia dalam ranking FIFA.

Ironinya, Malaysia yang menjuarai saingan Sukan SEA 2011 tidak layak, sedangkan Filipina yang gagal ketika itu, telah berjaya melangkah ke Piala Asia.

Pernah berlakon dalam MV

Menariknya, Carli de Murga bukan hanya pandai bermain bola. Beliau juga sudah mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan ketika bersama pasukan di Filipina, Global FC pada 2013. Kelibatnya dapat dilihat dalam sebuah muzik video bertajuk Sometimes That Happens, finalis Philippine Popular Music Festival yang berlangsung pada 2013.

Jadi, mungkin tiada masalah buat dirinya dan mungkin tidak berasa kekok untuk membuat kemunculan dalam video pengenalan pemain baharu Terengganu.

KREDIT FEATURED IMAGE: TERENGGANU FC

Baca lagi artikel lain mengenai Terengganu FC:

RASMI: Petrus Shitembi Sertai Terengganu FC, Kenapa Digelar ‘Dancing Shoes’?

Berbaloikah Terengganu FC Rombak Import Sebagai Persediaan Piala AFC?

3 Sebab Terengganu FC Langsung Tak Ambil Graduan AMD

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN