Rashford Tolak Tawaran Man. United, Minta Gaji £200,000 Seminggu

Minggu lalu laporan menyatakan Manchester United menghampiri persetujuan dengan Marcus Rashford untuk kontrak baharu.

Namun pada hari ini media melaporkan bahawa rundingan kontrak itu menemui kebuntuan. Marcos Rashford dilaporkan meminta gaji £200,000.00

Walaubagaimanapun, Manchester United masih tenang dan menyatakan bahawa rundingan masih berjalan positif. Sudah menjadi perkara biasa akan berlaku sorong papan tarik papan dalam negosiasi kontrak.

Rashford menolak tawaran Manchester United kerana beliau berkeras dengan permintaan gaji seperti yang diminta.

Manchester United sedar, Marcus Rashford merupakan pemain penting mereka selain daripada David De Gea dan Paul Pogba. Beberapa pasukan luar menunjukkan minat ke atas bintang muda England ini termasuk Barcelona.

Rashford merupakan graduan akademi Manchester United. Beliau mendapat debut profesional dengan kelab pada usia 18 tahun di bawah kendalian Louis Van Gaal.

Perkembangan pesat pada bakat beliau sehingga membuatkan beliau berjaya menjadi pemain utama dan diberikan jersi no.10 oleh kelab.

Ole Gunnar Solskjaer dikatakan mahukan pemain itu kekal – kerana Rashford menjadi pemain penting dalam perancangan beliau.

Manchester United kini dalam usaha untuk mengawal kadar bil gaji para pemain mereka. Ini selepas beberapa pemain utama mereka masih belum menandatangani kontrak lanjutan – dan meminta kenaikan gaji.

Faktor gaji terlalu tinggi diterima pemain ‘flop’ Alexis Sanchez juga dikatakan antara cabaran untuk Man. United hadapi – apabila pemain lain turut meminta gaji yang lebih tinggi daripada valuasi kelab.

Chris Smalling antara pemain yang berjaya mendapatkan gaji £120,00 seminggu dalam kontrak baharu beliau. Smalling juga menolak beberapa tawaran awal Man. United dan menyatakan beliau akan mempertimbangkan tawaran dari kelab lain.

United pastinya mahu menyelesaikan kontrak para pemain penting mereka dengan segera. Ini kerana mereka kini masih belum terjamin tempat dalam UCL.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pengurusan Man. United agak teruk dalam mengendalikan kontrak pemain. Ramai pemain berakhir kontrak pada masa tempoh yang sama. Ini kerana mereka terlalu berlengah dalam penyelesaian isu kontrak sebelum ini.

Ada beberapa pemain terpaksa diaktifkan klausa lanjutan khas – semusim. Misalnya Ashley Young yang diaktifkan klausa tersebut dan menerima gaji sebanyak £110,000.00 seminggu.

Adakah Rashford akan mendapat £200,000 seminggu daripada Man. United? Rundingan masih berlangsung di antara kedua-dua pihak.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram