Gelagat Nakal Rashford Balas Dendam Kepada Sky Sports?

Aksi di padang latihan sering menghiburkan dan ada masanya menjengkelkan. Ia seringkali dirakam dalam kamera televisyen.

Sebagai contoh, Marcus Rashford sempat mengenakan seorang wartawan sebuah saluran televisyen.

Mengena

Kejadian ini dirakam semasa sesi latihan skuad Manchester United sebelum ke Turin, Itali untuk Liga Juara-Juara Eropah.

Marcus Rashford menyepak bola sepak ke arah wartawan Sky Sports, Vinny O’Connor. Beberapa individu dikatakan telah menjerit ke arah wartawan malang tersebut.

Vinny O’Connor sebenarnya sedang menghabiskan laporan harian beliau ketika sesi latihan terbuka untuk media. Tiba-tiba bola yang disepak oleh Rashford itu mengenai wartawan malang tersebut.

Gelak ketawa

Kejadian itu mengundang ketawa di padang latihan Manchester United. Marcus Rashford pula menyembunyikan diri di belakang penjaga gol, David de Gea.

Video rakaman itu mendapat perhatian selepas ia dimuat naik oleh akaun rasmi Sky Sports. Malah, Marcus sendiri sempat membalas tweet tersebut dengan emoji nakal.

Manchester United menewaskan Juventus pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah pada tempoh hari. Agaknya kejadian ini telah memberikan ‘ubat penenang’ daripada tekanan diberikan anak buah Jose Mourinho itu.

Namun begitu ada satu persoalan untuk ditinggalkan, adakah kejadian sebegini akan berlaku sekiranya Sir Alex Ferguson masih menjadi pengurus kelab terkenal dunia itu?

Viral Mourinho-Pogba

Sebelum ini Sky Sports adalah media yang bertanggungjawab mendedahkan video situasi tegang di antara Jose Mourinho dan Paul Pogba.

Mungkinkah tindakan Rashford kali ini adalah tindak balas kepada Sky Sports yang hampir memusnahkan karier Jose Mourinho di Old Trafford beberapa minggu yang lalu.

Suasana di kem Manchester United jelas berbeza sejak kejadian itu. Empat kemenangan, satu seri, dan kekalahan kepada Juventus pada Oktober lalu menjadi satu-satunya perlawanan yang menyaksikan Manchester United gagal menjaringkan gol.

Adakah kita akan menyaksikan kebangkitan Manchester United pada musim ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN