Ranieri Terima Pujian Selepas Bawa Tradisi ‘Guard Of Honour’ Ke Serie A

Inter Milan Sampdoria Claudio Ranieri

Pengurus Sampdoria, Claudio Ranieri menerima pujian melambung apabila pasukannya melakukan ‘Guard of Honur’ sebelum perlawanan Serie A menentang Inter Milan pada Sabtu.

Ianya merupakan tradisi bola sepak Inggeris bagi meraikan pasukan yang telah menjuarai liga ketika saingan masih mempunyai baki perlawanan sebelum saingan berakhir.

Maka jurulatih berusia 69 tahun berpendapat Inter yang berjaya memecah dominasi Juventus pada musim ini berhak untuk menerima penghargaan yang sama selepas muncul dengan empat perlawanan masih berbaki.

Ranieri sendiri pernah merasai pengalaman terebut ketika membimbing Leicester City mencipta sejarah gemilang membuat kejutan muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2015/16.

“Saya memberitahu kepada kapten [Fabio] Quagliarella dan pemain-pemain lain, adalah bagus untuk melakukan upacara itu seperti mana yang biasa dilakukan di England, dan mereka semua bersetuju dengan cadangan saya.” ujar Renieri dalam sidang media selepas perlawanan.

“Ini adalah sukan, saya percaya dalam sukan perlunya ada penghargaan seperti ini walaupun ianya nampak kecil, terutamanya bagi pasukan yang telah muncul juara dengan empat perlawanan masih berbaki.

“Saya juga pernah merasainya di Leicester, menerima ‘Guard of Honoue’ di Chelsea dalam perlawanan seterusnya [selepas muncul juara].”

Dalam aksi yang berlangsung di San Siro itu, Inter Milan mudah menewaskan Sampdoria dengan keputusan 5-1 hasil dua gol dari Alexis Sanchez serta masing-masing satu dari Lautaro Martinez, Roberto Gagliardini dan Andrea Pinamonti.

“Agak mengecewakan kami melepaskan gol yang agak banyak. Namun saya akui Inter bermain dengan lebih baik pada hari ini. Mereka mempunyai kekuatan di bahagian sayap dan kami pula tidak beraksi seperti yang sepatutnya.

“Kredit untuk Inter, kita tahu mereka memang mahu meraikan kejuaraan pada malam ini, tetapi kita juga tidak mahu menjadi mangsa mereka. Tetapi kita boleh lihat kali ini mereka bermain tanpa sebarang tekanan dan lebih menikmatinya berbanding kebiasaan.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Bundesliga: Bayern Juara Lagi, Muller & Alaba Catat Rekod Gelaran Ke-10

PSG Umum Lanjutan Kontrak Neymar Sehingga 2025

Klopp Anggap Penyokong Man Utd Melampau Dan Menyusahkan

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply