Ranieri: Melihat Alien Turun Ke London Lagi Mudah Daripada Melihat Leicester Mempertahankan Kejuaraan

Sasar 40 Mata Sekali Lagi

40 mata adalah merujuk kepada angka keramat untuk kekal dalam EPL. Masih belum ada pasukan yang tersingkir dari EPL apabila mengutip 40 mata.

Claudio Ranieri seperti biasa, sentiasa merendah diri apabila berbicara. Ingat lagi tak, musim lalu dia berkata, sasaran mereka cuma 40 mata dalam liga dan ia tidak akan berubah dari awal dan selepas krismas.

Sebaliknya, selepas itu mereka menjuarai EPL dengan detik penuh sejarah.

download

“Saya agak musykil musim ini. Sekali lagi sasaran kami adalah 40 mata dan selebihnya kita akan lihat apa yang akan berlaku.”

“Pasukan-pasukan besar lain sudah siap sedia berjuang untuk memenagi gelaran liga dan kami juga bersedia untuk mempertahankannya.”

“Situasi kali ini adalah berbeza. Kami perlu lebih bijak jika mahu mengulangi kejayaan musim lalu. ”

“Ia adalah nisbah 6000/1 kali ini. Lebih mudah untuk anda melihat ET mendarat di Piccadilly Circus berbanding melihat kami mempertahankan kejuaraan. ”

The Spy Who Shagged Me

Ranieri menggambarkan kesukaran tersebut setelah bookmarkers musim lalu meletakkan nisbah untuk Leicester menjuarai EPL adalah 5000/1.

leicestercitygettyimages-526789696

Komen Tentang Perpindahan Pemain

Selepas kehilangan nadi utama pasukan, N’golo Kante, Ranieri menegaskan tidak akan ada bintang mereka yang akan keluar pada jendela perpindahan yang berbaki 2 minggu lagi .

Ketika ditanya wartawan tentang kemungkinan Mahrez akan meninggalkan Leicester, ini jawapan Ranieri:

Riyad-Mahrez-Claudio-Ranieri-Football365

“Boleh saya tahu siapa yang berminat dengan Mahrez? Tidak. Riyad kekal dengan kami,”

Ditanya sama ada beliau akan melakukan sebarang pembelian dalam masa terdekat, Ranieri menyatakan:

“Buat masa ini, saya amat gembira dengan pasukan ini.”

“Jendela perpindahan pemain dibuka sehingga 31 Ogos.”

“Jika ada sesuatu berlaku dan terpaksa, mengapa tidak? Tetapi buat masa ini jendela perpindahan kami tertutup.”

Sumber: Marca

Baca juga: Diramal Bakal Tersingkir Sebelum Musim, Leicester City Kini Juara Premier League

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN