Gagal Pertahan Pendahuluan 2 Gol, ETE FC Terlepas 3 Mata Menentang Besut FA

Saingan Terengganu Amateur League (TAL2017) kini sudah memasuki minggu ke-7.

Berbaki 2 lagi perlawanan, kini setiap mata adalah cukup berharga!

Liga Super

Saingan bagi Liga Super menyaksikan Kebilal Markless mencatatkan kemenangan 2-1 menentang Gemuda FC.

Sarzely Naain menjaringkan gol pertama Kebilal Markless pada minit ke-5 sebelum disamakan oleh Muhammad Nazri pada minit ke-17.

Sarzely muncul wira sekali lagi selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-54 permainan.

Gambar: TAL

UMT-Pemanis FC berjaya mencatatkan kemenangan tipis ke atas PBSMT-Lanjerket.

Gol mereka dihasilkan oleh Mohd Fakrol pada minit ke-81.

CND FC juga mencatatkan kemenangan 1-0, kali ini menentang Island FC.

Penyudah dari Muhammad Hakimi pada minit ke-60 sudah cukup untuk memberikan 3 mata kepada CND FC.

Perlawanan epik terhasil ketika aksi di antara Separa Elit menentang TFFC yang berakhir dengan 6 gol.

Fahmi Mohammad menjaringkan gol pertama TFFC pada minit ke-5 sebelum penalti oleh beliau pada minit ke-20 memberikan pendahuluan 2 gol buat TFFC.

Muhammad Adib memberikan petanda perlawanan miliki TFFC selepas menjaringkan gol ke-3 mereka pada minit ke-61.

Namun Separa Elit muncul dengan 2 gol untuk kembali dalam perlawanan ini menerusi Muhammad Hakim pada minit ke-63 dan Muhammad Mustaqim pada minit ke-79.

Akan tetapi, penyudah dari Mohd Zaid pada minit ke-89 mengesahkan 3 mata buat pasukan TFFC.

Delima Warriors mencatatkan kemenangan besar dengan menewaskan Perkasa Alam dengan jaringan 4-0!

Shahrul Ikhwan cemerlang dengan menjaringkan 2 gol pada minit ke-6 dan juga minit ke-59 sebelum ditambah dengan jaringan Mohd Zamani pada minit ke-84.

Penalti Hishamuddin Ramli pada minit ke-90 melengakapkan hari gemilang Delima Warriors.

Liga Perdana

Aksi Liga Perdana pada minggu ke-7 turut menampikan aksi yang cemerlang bagi pasukan-pasukan yang berjaya mencatatkan kemenangan.

Ayahanda FC mencatatkan kemenangan 3-1 dengan menumpaskan BTK FC.

Che Hakimi menjaringkan gol pada minit ke-10 sebelum Mohd Akim menjaringkan gol kedua Ayahanda FC dengan penyudah pada minit ke-32.

Akid Sabilla mengesahkan kemenangan menerusi penyudah pada minit ke-54 tetapi BTK FC memperoleh gol sagu hati menerusi Ikhwan Zakaria pada minit ke-73.

Terdapat layangan kad merah pada perlawanan ini selepas Muhammad Hanafi mengutip kad kuning kedua.

Real Chukai mencatatkan kemenangan cukup menyakinkan dengan menewaskan Sixma FC 3-0.

Gambar: TAL

Ameer Efdhan menjaringkan gol pada minit ke-13 sebelum ditambah menerusi Izzan Syahmi pada minit ke-44.

Tuan Afif menjaringkan gol pada minit ke-52 untuk mengesahkan 3 mata buat mereka.

Pikat FA mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Young Titans menerusi penyudah Tuan Shahzam pada minit ke-59.

BGD FC juga turut mencatatkan kemenangan selesa 3-0. Mangsa mereka ialah Curve FC.

Muhammad Hazwan menjaringkan 2 gol buat BGD FC menerusi jaringan pada minit ke-24 dan minit ke-30.

Mohd Hasreen turut menyumbang gol pada minit ke-31 permainan.

Satu-satunya perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri adalah ketika perlawanan melibatkan ETE FC dan juga Besut FA.

Ahmad Syazmi menjaringkan gol awal untuk ETE FC dengan jaringan pada minit ke-17 sebelum Ibrahim Mat Rasid menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke-33.

Namun ETE FC tidak berjaya mempertahankan kelebihan 2 gol mereka apabila membenarkan Besut FA menjaringkan 2 gol menerusi Syahid Azrai pada minit ke-81 dan juga Muhammad Abdullah pada minit ke-90.

Gambar: TAL

Perlawanan ini juga menyaksikan Zakri Nala dibuang padang selepas menerima kad merah pada minit ke-75.

Ternyata minggu ke-7 TAL2017 memberikan pelbagai keseronokan. Berikut merupakan keputusan penuh bagi kesemua perlawanan:

Liga Super

  • Gemuda FC 1-2 Kebilal Markless
  • Perkasa Alam 0-4 Delima Warriors
  • PBSMT 0-1 UMT-Pemanis FC
  • CND FC 1-0 Island FC
  • Separa Elit 2-4 TFFC

Liga Perdana

  • Ayahanda FC 3-1 BTK FC
  • Real Chukai 3-0 Sixma FC
  • Pikat FA 1-0 Young Titans
  • BGD FC 3-0 Curve FC
  • ETE FC 2-2 Besut FA

Berikut merupakan kedudukan carta selepas minggu ke-7:

Liga Super

Liga Perdana

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN