Young Titans Kuasai Carta Terengganu Amateur League, Delima Warriors Terus Kempunan

Saingan Terengganu Amateur League (TAL2017) sudah memasuki minggu kedua dan persaingan untuk merebut tangga teratas di saingan Liga Super dan Liga Perdana semakin menarik!

Liga Super

Bagi saingan Liga Super, kejutan dapat disaksikan dalam perlawanan melibatkan Separa Elit menentang UMT-Pemanis FC.

Permulaan bagi UMT-Pemanis FC pada mulanya bermula cemerlang apabila mendahului menerusi Fakrol Afandi pada minit ke-19.

Namun kebangkitan Separa Elit bermula apabila Azmi Omar menjaringkan gol pada minit ke-34 dan juga minit ke-46 memberikan 3 pertama buat mereka.

PB Melayu Lanjerket pula mencatatkan kemenangan yang cukup menyakinkan apabila membelasah Delima Warriors 4-0!

Muhammad Ridhwan menjaringkan gol pada minit ke-17 sebelum Shafiq Asri menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke-29.

2 lagi gol hadir pada separuh masa kedua menerusi Ahmad Haffizi pada minit ke-60 serta Muhammad Hafizam pada minit ke-90.

Dalam perlawanan yang menemukan Perkasa Alam dan juga Gemuda FC menyaksikan keputusan berakhir dengan jaringan 1-1.

Kedua-dua gol terhasil menerusi sepakan penaltil dengan Akim Berjaya meletakkan Perkasa Alam dihadapan pada minit ke-41.

Ia kemudiannya disamakan dengan penalti oleh Mohammad Fahmi pada minit ke-47.

TFFC FC pula terpaksa menanggung kekalahan dalam perlawanan panas menentang CND FC.

CND FC mencatatkan kemenangan 2-0 hasil jaringan Kamarul Auff pada minit ke-48 dan juga Muhammad Hakimi pada minit ke-49.

Satu lagi perlawanan melibatkan Kebilal Markless dan Island FC berakhir dengan seri 0-0.

Liga Perdana

Aksi Liga Perdana pula menyaksikan Besut FA ditewaskan oleh Pikat FA 1-0 menerusi jaringan Muhammad Abdullah pada minit ke-7.

ETE FC pula kecundang ditangan BGD FC dengan kekalahan yang cukup menggusarkan apabila mereka tewas 3-0.

Hazwan Hamdan menjaringkan 2 gol pada minit ke-23 dan juga minit ke-77 serta Luqman Zawawi pula menjaringkan gol pada minit ke-88.

Real Chukai ditimpa malang apabila mereka tewas 2-0 ditangan Young Titans.

Fakhrul Azim meletakkan Young Titans mendahului pada minit ke-8 sebelum Syahrul Irfan menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke-40.

Curve FC terus buntu mencari kemenangan selepas mereka tewas 3-1 ditangan BTK FC.

Farith Salim meletakkan BTK FC pada minit ke-19 sebelum Hazim Mustapa menambah derita Curve FC dengan gol kedua pada minit ke-23.

Farizuwan Ali mematerikan 3 mata buat BTK FC menerusi penyudah klinikal pada minit ke-25.

Gol tunggal Curve FC pula dijaringkan oleh Amin Rahman pada minit ke-77.

Satu lagi perlawanan melibatkan Sixma FC dan juga Ayahanda FC berakhir dengan seri 0-0.

Selepas 2 perlawanan, hanya Delima Warriors dan juga Curve FC yang gagal memperoleh sebarang mata dalam saingan TAL2017.

Berikut merupakan keputusan penuh TAL2017 minggu 2:

Liga Super

  • Separa Elit 2-1 UMT-Pemanis FC
  • PB Melayu Lanjerket 4-0 Delima Warriors
  • Perkasa Alam 1-1 Gemuda FC
  • Kebilal Markless 0-0 Island FC
  • TFFC 0-2 CND FC

Liga Perdana

  • Pikat FA 0-1 Besut FA
  • ETE FC 0-3 BGD FC
  • Sixma FC 0-0 Ayahanda FC
  • Real Chukai 0-2 Young Titans
  • Curve FC 1-3 BTK FC

Berikut merupakan carta bagi TAL2017 Liga Super dan Liga Perdana selepas 2 perlawanan:

Liga Super

Liga Perdana

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN