Kebilal Markless Terus Memecut Laju Menguasai Terengganu Amateur League!

Terengganu Amateur League (TAL2017) kini memasuki minggu ke-3 dengan limpahan gol terhasil merentasi Liga Super dan Liga Perdana mereka!

Liga Super

Saingan Liga Super menyaksikan 2 pasukan berjaya memperoleh kemenangan 4-0 ke atas lawan masing-masing!

Perkasa Alam menjaringkan 4 gol dalam misi mereka memusnahkan UMT-Pemanis FC tempoh hari.

Wan Mohd Hazim dan Roslan Razali menjaringkan 1 gol sebelum 2 gol dari Mohammad Hakim memberikan luka yang cukup dalam buat UMT-Pemanis FC.

Selain Perkasa Alam, Kebilal Markless menjaringkan 4 gol dalam perlawanan menentang Delima Warriors.

Sama seperti Mohammad Hakim, Khairul Hafizan juga menjaringkan 2 gol untuk Perkasa Alam sebelum 2 gol lagi terhasil menerusi Hazrul Nizam dan juga Muhammad Adib.

Sementara keputusan seri terhasil apabila TFFC dan PBSMT-Lanjerket terikat seri 1-1.

Ahmad Zulfadhli menjaringkan gol untuk TFFC untuk menutup gol pendahuluan pasukan lawan yang terhasil menerusi Wan Firdaus yang terhasil pada separuh masa pertama.

2 pasukan mencatatkan kemenangan dengan jaringan yang sama iaitu 1-0.

Island FC menewaskan Gemuda FC sementara gol Amiruddin Yahya memberikan 3 mata buat ATFC ketika menewaskan CND FC.

Liga Perdana

Aksi Liga Perdana juga tidak kurang hebatnya apabila 3 mata menjadi milik 5 pasukan dengan tiada keputusan seri dicatatkan.

Real Chukai bangkit dari kekalahan minggu kedua apabila mereka membenam cabaran Ayahanda FC dengan jaringan 3-1.

Afif Nasrullah menjaringkan 1 gol untuk Real Chukai sebelum Izzan Syahmi menjaringkan 2 gol untuk meletakkan beliau sebagai penjaring gol terbanyak pasukan dengan 5 gol.

Gol tunggal Ayahanda FC terhasil menerusi Che Hakimi.

Sementara 2 gol penalti menerusi Izzat Hafique memberikan 3 mata buat ETE FC dalam perlawanan menentang Young Titans yang berakhir dengan jaringan 2-1.

Rentak cemerlang Besut FA pada minggu lalu diteruskan dengan memanjangkan rekod buruk Curve FC apabila menumbangkan pasukan tersebut dengan jaringan 4-1.

Abdul Hadi menjaringkan gol pertama Besut FA pada minit ke-27 sebelum ditambah oleh Muhammad Abdullah 2 minit kemudian.

Gambar: Terengganu Amateur League

Curve FC mengurangkan defisit dengan jaringan menerusi Wan Muhaimin pada minit ke-38 namun Besut FA nyata terlalu gagah untuk mereka.

Khairol Anuar dan Muhammad Asyraf menjaringkan 2 gol lagi untuk Besut FA pada separuh masa kedua.

Mohammad Aimanuddin nyata kebanggaaan buat Sixma FC apabila 2 gol beliau berjaya menewaskan Pikat FA dengan jaringan 2-1.

2 gol itu terhasil pada minit ke-29 dan minit ke-50. Gol bagi Pikat FA dijaringkan oleh Muhammad Aiwad pada minit ke-70.

BTK FC berjaya meneruskan rentak kemenangan mereka apabila membenam cabaran BGD FC dengan jaringan 2-0.

Ikhwan Hilmi dan Tuan Farizuwan menjaringkan 2 gol untuk mereka.

Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan minggu ke-3 TAL2017 untuk kedua-dua liga:

Liga Super

  • Delima Warriors 0-4 Kebilal Markless
  • Gemuda FC 0-1 Island FC
  • CND FC 0-1 Separa Elit
  • UMT-Pemanis FC 0-4 Perkasa Alam
  • TFFC 1-1 PBSMT-Lanjerket

Liga Perdana

  • Ayahanda FC 1-3 Real Chukai
  • Besut FA 4-1 Curve FC
  • Young Titans 1-2 ETE FC
  • Sixma FC 2-1 Pikat FA
  • BGD 0-2 BTK FC

Kini disertakan pula kedudukan TAL2017 selepas 3 perlawanan:

Liga Super

Liga Perdana

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN